Wednesday 7 April 2010

Down Memory Lane : Tanah Tinggi & Skyway

Lebih kurang jam 8.30pm, kami pon tiba dia genting. Kenapa genting? Nak buat apa kat situ? Nak kata nak bermain2 di taman tema, mustahil la kan. Tidak akan.

Sebenarnya, kami pergi ke sana untuk menelusuri jalan2 kenangan di sana. Kali terakhir aku pergi ke sana, lebih kurang 5 tahun yang lalu. Itu bermakna, sebelum tu aku pernah pergi la kan? Ada la beberapa kali masa jaman2 bercintan cintun. Boleh dikatakan kami kerap pergi waktu raya cina. Yang paling aku ingat masa musim wabak severe acute respiratory. Apa tuh? Alaaa wabak SAR yang dibawak dari cina tu. Haaa macam misi membunuh diri je kan? Tah apa2 la aku ni. Naik pakai skyway pernah, naik kete kancil pon pernah. Tapi bukan kancil yang ini lah. Kancil lama encik hairul.

Oleh kerana dah kepenatan amat, kami berjalan2 di sekitar 1st world aje malam tu. Kol 10 dah tido.

Esok pepagi baru lah kami explore (jenjalan di situ). Alahaiii, dulu rasanya aku pernah berjalan kaki sepanjang2 jalan sekitar tempat tu. Sekarang ni macam tak larat je. Tapi tetap la pergi fevret spot ku, tempat yang boleh nampak pemandangan di bawah (bukan yang nampak kl tu). Area hotel resort, genting dan highland tu.

Suhu tidak lah sejuk beku seperti dulu. Kabus pun tak berapa tebal. Bearable la gitu. Takat pakai tiset selai pon masih boleh tahan lagi. Eh, sebelum jalan2 tu kami makan di meribraun. Selain tak makan kehepsi dan mekdi, aku juga was2 nak makan kat tempat2 lain di sana. Rasanya meribraun ni je yang bersemangat kebangsaan sikit.


Jenjalan sambil bernostalgia. Dulu gitu, dulu gini, dulu...

Tak masuk pon. Rate untuk dewasa rm68 kot. Mahalnya!!! "Daripada masuk sini, baik la ayang beli tudung ariani, dapat gak 2 lai hihihi."

Actually malam tu nampak orang bergambar gaya cenggini. Tapi, waktu tu kedainya tutup dan takde orang. So, tak la malu sangat. Ni, tengah ramai2 orang, kedai pon bukak, selamba je wat gaya poyo tu.

Dah puas pusing kat 1st world, kita naik atas pulak.

Haaa ni la tempat nya. Dulu kalau dok kat sini, biru2 kuku aku kesejukan. La ni, selamba je pink kaler kuku ku.



Kat sini la tempat yang boleh nampak pemandangan di bawah.

Tengok di belakang tu.

Tiba2 datang bomba dan penyelamat kat situ.

Ooo dia stand by kat situ untuk rescue lori tangki ni jika berlaku kecemasan.

Kemudian, pusing2 kat hotel highland. Tiba2, eh, jom kita naik cable car. Kan aritu tak merasa naik kat langkawi. Ni kira gantian la ni.

Semasa turun. Mula2 masa dia nak mula turun tu aku dah menjerit2. Ingat dia nak menggelungsur laju. Rupanya slow and steady je. Fuh! Saspen jek. Sekarang, bila kita masuk je dalam kete tu, ada orang ambik gambar kita. Bila tiba di bawah, kita boleh beli itu gambar. Macam aku, aku tak beli pon. rm 30. Mahal!

Tak nampak pon patung2 orang asli? Dulu macam ada?

Kat bawah, kami pusing2 je kat kedai2. Tak lama tu, terus naik semula. Oh, lupa lak. Tiket dia one-way rm5 only. Kira murah la kalau dibandingkan dengan langkawi kan. Dah la yang paling laju dan paling panjang di asia tenggara. Eh, ye ke fakta nih? Aku pun ingat2 lupa.

Seperti biasa, masa balik terasa dekat je.


2 komen:

pB said...

dah lama tak sampai sini ....

AyunasiA said...

:)