Wednesday 7 April 2010

Down Memory Lane : Sekitar GH

Dah naik kete kabel turun naik, kami pon menuju pulang. Sambil2 tu, tangkap la gambar kat mana2 tempat yang membuktikan bahawa aku berada di sana. Kang orang cite2 besok, dapat la bayangkan, ye dak?

Gambar sempena aku mendapat buluh.

Menarik sangat! Teringin nak buat cenggini kat rumah. Dalam balang tu sumer rempah ratus masakan.

Banyak, kan? Tapi tak semuanya aku tau nama hihi. Mungkin patut dilabelkan juga dengan nama bahan2 tersebut. Letak nama saintifik sekali. Dengan tulisan pelbagai bangsa di dunia. Macam muzium rempah pulak. Pastu kenakan bayaran masuk singgit sorang, kanak2 5posen. Huuu tak pasal2.

Ada jualan barang2 thailand jugak.

Ouch! Bagai dipanah petir.

Salah satu restoran.


Model genting city. Oh, i really mean it. Yang belakang tu, bukan yang orang kat depan tu :).

Pernah berjalan kaki sekeliling tempat n suatu ketika dulu. Masa tu, lautan api pon sanggup direnang, tapi selepas hujan.



Gambar kat tempat ni mesti ada.


Ok, dah sudah tu, kami pon turun lah. Mulanya plan nak turun ikut batang kali, terus ke rawang. Tetiba rasa macam nak shopping pulak. So, kami turun kl macam biasa. Masuk jalan ipoh dan terus ke masjid india.

Masalah parking? Jangan bimbang. Gunakan instinct anda untuk mengesan kereta2 yang bakal keluar. Tak lama tunggu, kete yang betul2 kat sebelah pon keluar.

Tak masuk pon jakel ni. Kat bp pon ada kan. Aku pergi kedai depan dia je hehehe. Owh! Kedai pakaian khellas tu dah jadi kedai tudung jugak. Kekdahnya, kebanyakannya tudung lycra la. Harga ikut saiz. Dia pakai saiz 1,2,3 gitu. Kalau 1 tu umpama s la. harga rm25. Kalau saiz 2=m rm35 kot. Lupa. Tapi kalau beli 3 seratus. Serupa je la dengan ar1ani, cuma ar1ani lagi pandai la. Tudung yang rege 30 dia jual 60, tapi buy 1 free 1. Sekaligus melonjakkan sale dia kepada double. Cuma kualiti je la tak tau cemana.

Setakat ni aku dah beli 4 version. Pertama, kain dia macam berjalur sikit texture nya. Bila kita gosok, kadang kan terkelepet kan? Dia akan bertanda dan tak boleh hilang pulak tanda tu. Tapi kainnya lembut.

Versi kedua, ni memang banyak aku jumpa kat mana2 area jalan tar tu. Ada label 'korea quality' ke haper tah. Tapi ada korea la. Yang ni kainnya elok, cuma kasar je sikit. Tapi awning pulak, terlalu lembut. Baru pakai basuh beberapa kali dah herot petot sebab 'kertas'nya dah lembik.

Versi ke 3, awning thai silk petak2. Aku suka yang ni sebab kaler yang aku beli tu pink. Tapi, awning dia macam tak masuk dengan kepala aku. Maybe sebab bentuk kepala aku yang bersegi kot. Rasa macam kejung je. Dan kainnya pulak cepat renyuk. Tapi aku suka pakai sebab warnanya yang sesuai dengan kebanyakan baju aku. Eh? Aku suka pink ke? Tah? Aku suka semua kaler la.

Dan versi keempat ialah ar1ani. Tu pon ada versi melaka dan versi kl. Yang melaka punya, kainnya lembut dan halus texture nya, manakala yang kl pulak, macam kasar texture nya. Tapi, yang bestnya, pakai basuh 3 kali pon masih ok, tak yah gosok pon tak pe. Kali ke-4 pon sebenarnya ok, cuma, aku la gian nak menggosok hihi.

Eh, dah melilau sampai ke cerita tudung pulak.

Sesampai sahaja di masjid india, kami terus makan. Lapar gilos. Apa tak nya. Last akan waktu sarapan. Pastu pikir, takkan nak makan meribraun lagi, kan? Dah la mahal kat atas tu. Tu yang tahan makan sampai la turun kl. Oh, masa on the way turun genting tu lah kami baru tau berita din beramboi meninggal. Tu pon berita pasal pengkebumian dia.

Lepas makan, encikhairul masuk maidin,aku berjalan ke aked. Siap mula dari arked pertama belah2 belakang masjid india tu lagik. Visit terakhir ke sini tahun lepas baru aku perasan yang aked lama yang belah2 situ tu ramai orang kelantan. Aked2 baru tu yang ramai indo, bang la ke paki ke tak tau la. Pusing punya pusing punya pusing, sampai la aku ke hujung aked yang satu lagi. Kira dekat2 maidin pakaian tu. Hasilnya, 4 pasang baju sahaja. Aku saje je kumpul dari sekarang. Besok dekat2 nak raya baru jahit. Baru ada feel.

Dah penat berjalan cari kain, baru lah beli tudung yang sepadan dengannya. Tapi dah beli tu baru sedar, eh, kenapa aku beli tudung sekarang? Dah tentu baju tu nak buat raya sok. Tudung pulak dah tentu2 aku akan pakai terus. Nanti nak raya, tudung tu pon dah buruk. Isy! Suka mengikut hawa nafsu tau. Tapi takpe. Tudung yang dibeli tu memang sesuai dengan baju2 yang sedia ada juga. Niat menutup aurat tu yang penting, kan? Hihihi niat tak menghalalkan cara. Tapi beli tudung tak haram, kan? Eh dah dah.

Ok, pastu kami pon melalui jalan kucing, terus ke tol duta menuju ke rawang. Sampai di rumah, gedebuk gedebak pung pang pung pang dan tido. Malam tu, budak2 nak tido dengan kami. Fuh! Lawak betul la azam tu. Ekon bilik tu rosak. Setiap 15 minit, ekon tu mati. Jadi, sementara nak lelap tu boleh la bila ekon tu mati, aku hidupkan, mati idup, mati idup. Tapi bila dah tido, biar kan je la. Cooler pon pasang jugak sebagai back up. Tapi, azam ni pulak tak tido2. Sekejap2, cik nga, bila nurin nak sampai? Cik nga, ekon mati. Tah berapa kali tah. Aku pon buat2 tido hihihi. Bila nurin sampai pulak, punya excited, cik nga, nurin dah sampai. Beberapa kali la jugak dia kejut aku. Last2 dia naik katil, terus tido. Besok pagi, tengok2, dua2 orang dah takde. Rupanya derang turun bawah, 'mama, ekon tak idup.' Nasib korang la dapat mak sedara yang begini hihihi.

Esok pagi, kami lepak2 jer. Lebih kurang pukul 12 kot, baru lah kami keluar gi rumah abang tp. Nak singgah 1kea dulu. Keluar ikut jalan alternatif, tembus terus kat kota puteri. Dekat betul?! Kat depan kuil yang selekoh maut tu, jumpa eksiden nih.


Fuh! Ngeri betul.

Abis soping kecil2an, terus gi umah abag tp. Sampai2 je terus makan. Pung pang pung pang lagi, pukul 6pm baru kami balik semula ke rawang.

Mula2 tengok ingat ad aorang panjat. Rupanya patung. Iklan mi1o.

Sekian untuk hari ini.

0 komen: