Thursday 31 December 2009

Menjelang 2010

Aku tak cuti ari jumaat. Yeay! Kena berfikiran positif. Dah 2 tahun aku keje kat johor dan tak cuti pada tahun baru masihi. :( Alah, bukannya nak buat apa2 pon tahun baru. Dah dewasa2 ni, tak kuasa de nak countdown kat dataran. Macam la kat umah takde jam. Kat tangan pon ada satu. Dalam jamban pon leh kira menurun. Masa muda belia remaja dulu lain la. Tahun baru, merdeka, boleh2 nak tengok bunga api depan mata. Sampai sisa bunga api tu nyaris jatuh atas kepala pon ada. Konsert malam merdeka pon aku layan tau. Teringat ada sekali tu sambutan merdeka kat shah alam, tengah2 tam spider tu nyanyi lagu kasih latipah, karen plak takde. Terus konsert abis begitu saje kehkehkeh. Dulu.

Eh, aku ni sebenarnya nak imbas kembali isu2 pada tahun 2009 nih. Serta pencapaian aku dalam hidup, jika ada.

Antara perkara besar ialah:

1. Kempen boikot israeli. Lebih spesifik, mekdi. Ni aku kira satu pencapaian terhebat aku tahun ini. Mula2 memang ler aku memberontak. Tapi selepas diturnover sedikit demi sedikit, akhirnya, setahun jugak aku tak masuk mekdi. Wow! Mula2 encik suami cakap, fikiran aku telah dipengaruhi melalui makanan. Padahal, tak mati pon kalo tak makan mekdi. Lama2, aku lak yang terpengaruh ngan encik suami. Ada la beberapa kali aku cakap nak pergi. Dia kata, pergi lah, tapi bukan dengan dia. Pergi lah sendiri bagi bom kat israeli tuh. Tanggung sendiri. Uhuksss. Terus aku tak jadi nak durhaka. Sampai sekarang, asal ada je niat nak menerai prosperiti berger tuh, aku sendiri boleh rasa bersalah. Tapiiiiiiiiii jauh di sudut hati ku, teringinnnnnnnnnn sangat nak makan huuuuuuuuuuu. Budus punyer zionis!

2. Dari sudut kerjaya, tak banyak peningkatan. Cuma aku dah komfem je lah. Tahun depan baru nak ambik ptk. Eh, lupa nak cerita, pasal ptk encik hairul. Aritu, sebelum gi langkawi, dia bawak balik sampul surat besar. Rupanya result ptk yang diambil pada bulan 6 ke 7 tah. Sikit punyer lama ke baru dapat result. Biler tengok result tu, wowwwi! Dah lulus lor. Aku bukan apa, sepanjang 2 minggu dia ambik ptk tu, punyer la seksa aku menengok nyer. Siap ambik cuti 'basuh baju' lagik hihihi. Macam budak ambik spm je kekdahnya. Pastu time public speaking, aku lah yang tukang jadi juri, bagi komen bagai. Pastu, lain yang diprektis, lain plak yang dicakap. Time nak exam pulak, siap berstudy group bagai, balik lewat malam. Haihhh lulus jugak dia. Aku yang berdebar, tiap2 bulan aku tanya, biler nak dapat result. Ni dah lulus, takde plak kata nak belanja ke aper hehe. Bukan lulus tahap naik gaji pon...

3. Rancangan membuat loteng telah terealisasi akhirnya. Buat keputusan pun ala2 tiba2 gitu. Sebabnya, ingat kos nya akan memakan 5-6 riban. Rupanya tak sampai. So, sebelum wakjoe pandai demand lebey, baik aku cecepat suh dia buat. Gitu. Now tengah berbelah bagi samada nak cat railing tangga tu pulak. Kalo cat putih memang cantik, tapi dah tak nampak la urat2 kayu tu kan. Sayang ler pulak. Nak cat kaler dark brown, rasa macam baru sangat. Eh, sebenarnya bukan berbelah bagi nak pilih kaler ek? Sebab sayang baru sangat dah nak tukar. Ok ok, ambik masa la, fikir dulu.

4. HoneNone! Big issue gak la kan penyakit ni. Sampai sekarang masih ada, tapi lite2 gitu. Dari ba alip ba ya, ke influenza A, ke ba alip ba ya, sampai la ke influenza A balik, macam2 perkara berlaku sepanjang tempoh tuh. Tak payah lah aku ulang tayang cerita.

5. Erkkk dah kot.

Selamat Datang 2010!


Ada Sambungan Lagi La Pulak


Ingat dah abis dah cerita pasal langkawi. Tetiba terjumpa gambo ni, baru teringat aku lum buat closing lagi. Cerita aritu sampai bab aku ke jeti jek.

Sampai di jeti, terus carik troli. Datang pakcik troli besar. Dengan servis jaga dan tolak sampai muka pintu feri, caj nyer rm20. Humangaihhh tak mampu aku. Jumpa 2 bijik troli singgit satu tu, sumbat semua atas tuh. Feri kul 1.30. Kul 1 kami dah masuk. Rupanya feri 12.30 ngan 1.30 jalan sekali. Nak masuk feri, aku masuk dulu, abang angkat barang sambil susun2. Siap menyusun beg2 orang sekali tuh. Orang2 yang masuk feri pon pass je beg kat dia. Wah wah dah macam kuli feri lak.

Kali ni naik feri kecik, bunyik pon bising. Bingit. Feri jalan, terus bagitau kak sya. Lupa nak pesan suh bawak AH. Kang dia bawak wira ke kang, naya jek. Sempat le sengguk2 dalam feri.

Sampai jeti, derang dah sampai. Terus suh drive thru'. Kak sya cakap, abang anas pesan suh bawak Ah. Dah tau dah, orang johor kalo gi langkawi tak pernah nyer tak borong sakan. Dah ada pengalaman ngan ngah dan abang yus dulu huhuhu.

Sebelum sampai rumah, singgah umah kakak kak sya. Sempat ler merasa tepung asyura orang kedah. Lain sungguh la ngan bubur asyura kiter. Derang punya macam bingka, ada pisang, keledek bagai. Dan manis. Kiter punya bubur nasik kan masuk memacam jenis kacang kan. Balik bawak kelapa pandan.

Sampai rumah, lepak2 jek.

Esok pagi siap2 nak balik. Budak berdua, anis dan fatihah, nak ikut sekali. Lebih kurang kul 8.45, kami pon gerak. Betul2 sampai kat jalan ketapi yang ketapi lalu tu, ketapi barang pon lalu gak. Masa yang sama kot. Kuar tol gurun.

Kendian terus kuar tol semula. Tiba penang, tetiba jadik pulak nak beli jeruk. Aku ingat2 lupa kat mana tempatnya. Dulu pergi balik induksi. Yang aku ingat, lalu depan summit bukit mertajam, ada trafik lite kedai buah, belok kanan. Ohhh berapit rupanya. Beli jeruk pelam kuning dan berkulit, salak dan campur. Pastu singgah makan kat tapah.

Dah dekat sampai kl, dengar sinar, ada eksiden lori tergolek antara klia putrajaya. Tapi arah utara. Tak jem kot. Biasanya belah seberang jem sikit je, nak tengok. Sampai situ, memang betul pon. Jem teruk, tapi kami takde jem pon.

Singgah nilai hantar barang saleh sikit. Si fatihah pulak tertinggal beg duit dia. Dah ler dia pon jenis aku jugak. Mata duitan. Asik la tanya, bila cik saleh nak balik johor hahaha.

Sampai rumah tepat jam 7pm. Tak sempat ler nak rehat2. Esok dah keje. Satu hari jek.

Tu jek citernya. Sebenarnya nak citer beli jeruk je pon huhuhu.

Koleksi Hiasan Tembaga

Ingat lagi tak benda alah yang aku rembat dari kampung masa raya aji arituh? Benda alah ni lah. Bekas lilin ke haper tah nih. Dah macam orang tua la aku rasa biler jadi peminat tembaga nih. Ehhh tapi selepas berkilat berkilau, langsung tak rasa tua ok. Ada rasa feeling2 teringat kat arwah mak plak. Dalam hati berkata, camni agaknya perasaan mak masa memiliki benda alah nih. Oh, ok, ni faktor keturunan kot. Bukan sebab aku dah tua ke haper.

Lama la jugak aku mengambil masa untuk mendapatkan mood menggilapkan dia. Dok la dia terperosok kat atas gerobok tu. Tengok lah tu. Kusam jek. Sibbaik tak berkarat ek?

Dan minggu ni, sempena line internet dah kong kat rumah, maka, aku pon mula mengerjakan benda alah nih. Kena sabar ok. Sakit jari jemari ku nak menggosok benda nih. Aku gosok yang bekas lilin kecik, encik hairul wat yang leper tuh.

Memula tu kami menggunakan kekdah menggilap wax kereta. Sapo otosol tu sumer, kendian baru gosok. Namun bayang sinar langsung jauh dari gapaian mata. Jangan kan kilat, bias2 kelabu pon tak hilang.

Tah cemana, aku tak sabar, belum pon sempat otosol tu kering sikit aku dah gosok, maka terus terbit sinar di celah2 daki tembaga nih. Hok oloh, dia kena terus gosok rupanya. Takyah tunggu2. Ada hikmah gak tak sabar nih rupanya.

Dah dapat skill, maka cepat ler keje aku. Cepat tak cepat la. Makan hari gak ler nak siap. Dan ini lah hasil nya. Tadaaa!!!

Dah sama berkilat ngan tepak sirih yang baru beli, kan?

Sekali pandang, macam tombak nates pulak.

Ni hasil kerja aku

Aku rasa, aku punyer lagi berkilat dari dia punyer hihi

Kan? Tak kilat sangat kan?

Tengok tu, ada bahagian yang masih kusam (kat gambar tak nampak kot. tengok live baru nampak. nak jugak menang)

Pasnih aku nak rembat bekas mangkuk 'wer wer' tu pulak. Aku tak tau apa nama mangkuk tu. Tapi dia macam mangkuk isi air yang p ramlee wat telek dalam nujum pak belalang tu. Wer wer tu kira orang baca jampi la hihi. Ada lagi bekas kemenyan ngan kapur barus sekali, tapi tu aku tak ambik kot huhuhu. Sesuatuh tau. Bekas pahar ngan bekas air mawar merenjis pengantin pon aku ingat nak beli lain kot. Kang menjajo plak orang nak kawin, mak aku carik benda tuh kang.

So, dah dapat idea apa nak kasik hadiah kat aku, kan?

Wednesday 30 December 2009

Perpisahan Itu Terbayar Sudah : Jadik Lah... Daripada Tak Dapat Langsung


Alhamdulillah... selepas lebih setahun kawan2 ku berjuang, naik turun AG, akhirnya petang kemarin (isnin) dah masuk pon duit claim kami yang tertangguh sejak erkkk 2 tahun kot. Walo pon tak dapat penuh seperti yang diharapkan, tapi boleh lah kan. Daripada tak dapat langsung. Lepas lah jugak aku nak clearkan credit card yang dah aku lenjan kat langkawi tuh huhuhu.

Khamis lepas, aku masuk keje, member tefon bagitau duit masuk next week. Maknanya minggu ni lah kan. Haihhh baru aku nak rasa muflis sekejap, dapat pulak durian runtuh. Tak sesia aku sakit2 kaki soping sakan dan mengkayakan idaman surirumah. Berbaloi-baloiii...

Dan untuk itu, aku kena lah menunaikan janji serta memberi elaun kesusahan kepada suami ku yang dah aku tinggal2 kan selama setahun itu. Nak tau apa yang dia mintak? Ni hah.

Terus tak berbaloi-baloi lagi dah. Dah siap survey rege plak tu. Tak boleh tahan.

Arkib

Sejak zaman sebelum ada blog lagi, aku dah ada jurnal sendiri, aka diari peribadi. Aku rasa sampai umur 18 tahun jek kot aku ada diari nih. Pastu, dah malas dah. Mula2 selang seminggu, kendian selang sebulan. Lama2, terus tak tulis. Sama jugak ngan blog. Ada orang rajin tulis hari2. Ada yang setahun 2-3 kali jek. Cumanya, blog ni ramai orang baca. Diari dulu sorok bawah bantal, takmo kasi orang baca. Letak bawah bantal? Tak selamat langsung ek? Bak kata kawan abang tp, sok kat padang mahsyar siap tayang skrin besar lagi segala perbuatan kita ni kan. Takde rahsia2.

Ini ialah my first ever diary. Masih ada lagi. Baru2 ni kan kami kemas2 lemari dan kotak. So, terkeluar la sekali benda alah nih. Dah gitu, apa lagi, nostalgia la kan. Kenapa aku sangat menjaga diari pertama ni? Sebab di dalamnya terkandung segala perasaan aku sejak aku pindah dari smbm ke sms, sehingga lah aku pindah ke smsj. Maknanya, sepanjang aku sekolah semenchu la ek? Dan bermakna juga, diari ini menjadi saksi berputik nya cintaku dan encik hairul. Ooo patut la...

Tak takut ke suami ku baca? Takde maknanya. Aku siap baca kuat2 depan dia lagi. Siap kena gelak lagi sebab banyak sangat 'ari ni bosan' dalam diari tu. Yang lawak nya, siap aku ada tanda 'zaman gelap' lagi. Hahaha gelap la sangat. Kira gelap la tu, tak nampak yang mana intan, yang mana kaca. Asal nampak hensem jek, terus minat nak dijadikan pakwe. Dah jadik pakwe, orang dah feeling2 angau, boleh pulak direject begitu saja. Takpe, orang pemurah kasih sayang (baca:romeo) tak kisah kena reject. Satu pergi berduyun lagi mari.

Berbalik kepada arkib ku tadi. Selain diari, aku juga terjumpa (bukan hilang, tapi dah lama tak tengok) benda2 kecik yang aku sendiri tak sangka yang aku pernah membuat dan menerimanya. Contohnya benda alah nih.

Cool giler aku rasa hihihi. Pemberian pertama dari beliau. Dah pecah pulak kaca nya.

Ni paling aku tak sangka. Kad raya handmade siap dengan kad2 raya beli. Cer tengok dalam nyer cemana. Tadaaaaa...

Aku ke yang buat sumer nih? Kreatif gak aku ek? Siap kat bawah setiap kad raya tu ada ayat2 yang aku tulis lagik. Siap ada details kat sambungan2 tuh. Puas aku pikir, biler masa tah aku membuatnya. Mak aiiiiii ni boleh tukar 'stress is the fertilizer of creativity ' kepada 'love is the fertilizer of creativity' dah.

Ni pulak aku buat masa convo diploma dia. Nama pakwe sendiri pon boleh salah tulis ek.

Masa ni dah maju sikit. Dah pandai guna komputer hihi. Abis ink printer kakak ku aku kerjakan.

Wahhh! Hebatnya... Ni aku sangka ar aku yang buat. Tapi kad raya tu memang aku dah lupa langsung.

Ni pulak tiket konsert ct di bukit jalil.

Tadak duit, beli tiket paling murah jek. Halus jek aku nampak ct dari jauh. Boleh pulak dalam stadium ni jumpa member dok sebelah.

3 gimik dia ialah flying fox, kawad kaki dan gimrama.

Cukup lah tu aku korek arkib. Aku harap, bila kami dah tiada lagi nanti, waris2 ku akan membakar semua diari2 dan surat2 kami.

Ok, arkib ditutup.


Langkawi 2009 : The Rooms

Untuk trip kali ni, aku duduk kat otel yang sederhana sajer. Satu, ada nama, tapi buruk. Satu lagi tak glemer langsung, tapi serba baru. Tak dapat ler yang ada nama dan serba baru. Dan tak juga takde nama dan serba buruk. Sebab tu aku katakan sederhana. Aku tunjukkan gambar je la. Boleh la korang wat survey kalo2 lenkali nak datang sini.

Awan@ Port0 Mal@i




C1t1n, Kuah, Langkawi







LIMA

Bukannya aku ketinggalan feri. Lima di langkawi memang dah lepas dah. Yang aku maksudkan di sini ialah ulangtahun perkahwinan ku yang ke-lima pada 25 Disember 2009. Dah cukup sebelah tangan.

HAPPY ANNIVERSARY AYUN-ASIA!

Terlampau excited nak cuti, langsung terlupa nak wat entry pada hari tersebut hihihi. Line tefon kat umah pulak dah kong sejak balik langkawi. Nak kata modem kena sambar, aku siap cabut segala cable, siap ngan cable line tefon tuh aku cabut. Tau, balik aritu takleh sambung. Pc ke modem ok, tapi modem ke internet takleh. Tefon pun takde bunyik tuttttttt. Dah try panjat bumbung, ok jek. Tefon 100? Hampagas. Kan derang outsource kan customer service dia, kan? Nak menyampaikan maklumat dari kl ke bp ni aku rasa macam menunggu orang balik haji naik kapal layar jek. Potong kang!

Langkawi 2009 : Hasil Tangkapan Kali Ini


Susah nak percaya kalo aku tunjukkan hasil tangkapan ku di pulau langkawi kali ini. Tak matching langsung dengan saiz badan ku. Tapi takpe, yang penting matching ngan poket. Untuk kunjungan terdahulu, aku takde beli e'apa pon kecuali coklat sebab plannya nak soping di kota bharu. Jadi, memang takde ler walau sebatang sudu yang aku bawak dari situ.

Tetapi untuk kunjungan kali ni, memang niat utama pon nak soping. Kalo la soping tu ibadat, dah betul lah tu ikut sunnah, beribadat lah kamu seolah2 kamu akan mati esok. Atau dengan kata lain, soping tak hengat ler. Macam ler pulau langkawi tu nak tutup 10 tahun.

Yang best nyer, aku soping tanpa memikirkan, macamana keadaannnya biler nak bawak masuk barang2 tu ke dalam dan keluar feri. Setakat kat jeti tu, aku tengok banyak je troli2 singgit dan doploh hengget tu kan. No problemo. Bukan la tak terfikir langsung, tapi, alah, sekejap je pon proses mengangkut tu. Janji muat masuk kete, sudah.

Berikutan dari pemikiran itu, aku pon menyoping sesuka hati ku je lah. Tak kira lah benda tu berat ke, besar ke, asal aku rasa nak beli, dan cukup ongkosnya lagi, aku pon sambar je lah. Didorong oleh sokongan padu dari pihak lawan, ewahhh makin menjadi2 lah nampaknya.

Sebelum soping, kami dah buat deal. Sepatutnya aku kena top up suami ku duit tukar 4 bijik tayar AH itu. Tetapi, suami ku dengan baik hatinya menolak pemberian itu, sebaliknya menggantikan peruntukan itu menjadi elaun kesusahan kepada ku. Aku memang mintak elaun kesusahan setiap kali kena ambik cuti untuk mengikut beliau berjalan2 hehehe. Ni memang takde dalam perintah am bab C ok. Jadi, selamat lah duit bantuan sara hidup aka bonus ku itu. Yeay, leh cover beli corning ware!

Ini lah rupa orang penat soping. Padahal bukan dia yang mengangkatnya.

Lepas posing2 di dataran lang, kami terus ler memulangkan motor. Dah tak berbaloi rasanya. Bukannya boleh angkut barang2 naik motor pon. Dari jeti, kami naik teksi, terus ke idaman suri. Pusing punyer pusing, akhirnya beli benda2 ni.

Belikan jugak satu set pinggan, ngah kirim. Pinggan korel yang petak tuh. Design plum. Lelain sumer aku punyer. Eh, apa ke benda yang aku beli tuh?

Bukan, bukan quin anne. Rege sebijik quin anne pon dah leh cover satu set 3 bijik ni hah. Beza part cover dia jek. Tak elok membazir. Amalan syaiton.

Oh, untuk setiap bijik ni, aku beli serba dua. Mula nak beli yang bekas sup jugak, sekali check punya check, sumer stok ada defect sikit2. So, being me yang cerewet, cancel terus. Kiter try tahun depan, kot2 stok yang ada sekarang ni dah dibeli oleh orang yang kurang cerewet dan dia letak stok baru, baru lah kiter beli. Proses mengecheck tu pon dah makan masa oh. Aku rasa semua stok yang dia ada aku dah bukak, tukar cover, tukar kaki, tukar itu tukar ini. Akhir nyer, ini lah hasilnya. Ok, dah, takyah bayangkan camne aku angkut semua nih.

Dan beli benda ni juga. Saja aku beli yang tutup penuh sebab aku tau rumah aku banyak lalat. Kalo ada lubang tempat sudu tu, komfem akan membuka pintu kepada lalat2 itu.

Itu, belah petang hari isnin. Lepas abis soping di idaman suri, kami balik ke hotel dengan teksi.

Belah malam, kami jalan kaki je ke pekan kuah. Dekat jek. Dalam 5 minit gitu. Aku ada buat kekejaman sikit, tapi tak de lah kejam sangat kot hahaha. Takyah citer la. Kang macam2 spekulasi timbul. Korang tu bukan boleh. Yang pasti, aku bukan mencuri. Isy, tak logik langsung. Tapi bentuk kekejaman tu lebih kurang cenggini.

Kedai kan ada banyak, kan. So, aku masuk sumer la kan. Tiba di satu kedai, contohnya aku tengok set pisau. Tapi tak beli. Tengok rege je. Kendian aku pergi kedai lain, pon tengok pisau yang sama, tapi rege mahal sikit. Oleh kerana malas nak patah balik kedai pertama, aku terus mintak dia ambik stok baru. Nak beli la kononnya. Tiba2, aku berubah fikiran dan terus keluar dari kedai tu tanpa berkata apa2 (budak kedai tengah masuk stor ambik pisau). Aku pon berlari2 anak ke kedai pertama tadi untuk membeli pisau sebab takut kena tikam ngan budak kedai kedua tadi hahaha. Tu lebih kurang ceritanya. Tapi kes aku lain sikit.

Hasil untuk malam itu ialah ini.

Hahaha ni memang kekejaman terhadap suami. Pengakuan ikhlas. Yang dipikul itu ialah set corning ware. Dan yang dijinjing pula ialah set pisau untuk mil. Now dah boleh relate kan cerita di atas dengan gambar ini?

Value buy! Aku kira ni belian terbaik aku untuk kali ini. Sebabnya, masa kat kb dulu, orang tu ada cakap, rege kat kelantan ngan langkawi, sumer sama jek iaitu 499. Dan memang betul pon. Masa aku survey seluruh kuah tu, memang sama jek rege set corning ware ni. Cumanya, tak semua kedai ada pattern nih. Dah lama kot design tulip nih. Sementara design ni lum pupus, elok ler aku beli siap2. Kang beli yaang lain, dah tak matching plak ngan pinggan korel kuh. Tapi, biler aku nak bayar, tengok2, opsss rege nya dah kurang banyak. 379 only! Yeay! Berbaloi! Okeh, dah nampak kaitan cerita tadi dengan gambar ini pula? Wah! Boleh buat kuiz ni. Peraduan, apa sebenarnya yang berlaku di kedai bebas cukai itu. Ada yang nak cuba?

Sudu, Sudip dan Senduk

Dalam banyak2 kedai kat kuah tu, ada satu je yang jual sudu sepesen ngan sudu yang aku beli kat kelantan. Cuma kalernyer jer, takde yang gold plated. Konon aku nak tambah je yang sama. Dah takde, so, aku beli lah jugak yang tak gold plated tu. Tapi, untuk senduk dan sudip, memang takde design tuh. Jadi, terpaksa lah aku beli yang lain sket. Tak kisah lah, takde saper nak bagi markah.

Ni aku punyer

Yang ni untuk biras ku

Esok nya pulak, lepas brekfes, aku singgah di plaza langkawi sat untuk membeli benda ini pula. Kali ni untuk emak. Senang nanti raya2 takyah bukak tutup tudung saji.


Coklat

Aku kurang gemar makan coklat. Jadi, takde niat nak beli bebanyak. Cukup setakat nak kasik kat jiran2 dan kawan2 jek. Takde bajet untuk coklat.

Ni jek yang dibeli.

Jadi, itu lah sahaja yang aku beli di langkawi. Untuk semua ini, aku terpaksa menyewa 2 buah troli kecil.

Hepi! Mendapat apa yang dikehendaki

Baru terfikir, cemana nak bawak masuk feri nih?

Banyak nih ker? Ko bela hantu raya ke haper nih?

Masa kat sini, encik hairul masih bukak tawaran untuk membeli dinner set seramik kat hig. Aku je yang takmo. Boleh2 paksa nak belikan hikhik. Sweet oh. Aku cakap takmo takmo takmo! Baru lah dia tak jadik beli. Aku bukan apa. Time ni aku dah pikir cemana nak angkut. Mesti leceh nak kuar masuk feri tu nanti. Orang ramai lagi pon kan. Ikut kan bajet, memang ler belum lari lagi. Lagi pon, seramik, kan. Takut pecah jek. Aku dah ada experience hadiah2 kawen aku yang seramik tu banyak yang dah sompek. Fragile sangat. Memang ada pon benda2 yang terpaksa aku hold dulu sebab nampak macam berat. Memang ler set tu cantik sesangat ya amat. Sejak dari survey first day tu lagi dah berkenan. Adoi laaa... boleh pulak kena paksa beli eh?

Tengok la nih. Cemana nak bawak barang2 si saleh tu pulak? Nak bawak budak2 lagi (anak buah nak ikut balik johor).


Ini dipanggil rangsangan ekonomi. Sekian.