Thursday 17 December 2009

Penutup Kisah Loteng


That's it! Cukup lah! Cukup sampai di sini sajaaa. Relakan perpisahan ini lalala. Aku rasa cukup setakat ni aje aku cerita pasal loteng. Naik muntah dah masing2 aku tengok. Biarkan aku hidup dengan aman di samping loteng ini.

Hari isnin, aku membuat final touch up. Load balik segala furniture yang berasal dari sini, termasuk meja komputer yang dah hilang fungsi ini. Dulu encik hairul study guna desktop. Tak mampu nak beli laptop. Now, pc tu dah dibawak balik kampung beliau. Buat main games jek la. Aku suka pc tu. Lajuuu. Tapi semuanya tinggal memori. Banyak kenangan ngan pc tuh. Termasuk bisnes batik ku. Dan kebanyakan blog yang ada dalam list aku tu aku baca pada kali pertama di pc itu. Oh, nak citer pasal meja, dah masuk cite pc plak.

Alamak, masih lom siap sepenuhnya la. Kan aku kata nak pasang skirting ek??? Tahun2 depan la tu kot. Pastu, nak tukar kaler railing tangga ni lagik. Adeh! kenapa la jadi manusia cerewet eh?

Jahit tepi boleh buat kat atas nih.






Kabinet dapo itu pula, aku tak jadi nak letak kat porch. Sayang la pulak. So, balik semula ke bilik ni. Tempat menyimpan segala tok nenek tools. Dan kain2. Oh, my Suraya juga duduk dalam tu tau. Eh, korang tau ke siapa suraya? Cuba teka. Aku nak jual arrr suraya tu.

Walo pon dah berkabinet, still luas lagi. Boleh la takat nak potong2 kain. Patut ke aku letak satu tv kat sini??? Patut kan kan kan???

Sebelah mesin ada cermin. Senang aku nak posing2 ngan baju yang aku jahit. Dah tabiat.


Ni yang akan aku ngadap setiap kali menjahit.

Akhir sekali, encik hairul letak frames kat situ. So sweet oh.

Last but not least, ni baru buat malam tadik. Ada lebih border tu, aku tepek kat sinun. Macam pernah tengok orang buat. Layannn... tak baik membazir.

The End.

7 komen:

ANAKIRANA said...

alang2 ko nak cat railing tu...cat color putih la..macth engish concept

yana said...

Yup...macam rail umah aku....cream colour....walau aku x menerapkan 100% english...carca marba kihkihkih

AyunasiA said...

ana n yana: bagi la varnish tu menunjukkan dirinya barang setahun, pastu kang aku tukar la kaler dia. tp sayang la nak tutup ira kayu.

ajzie@kak azi said...

kak azi suka kerusi putih itew.. hihi

ehh boleh sgt letak tv la..sambil menjahit boleh layan citer2 di TV.. hihihi

AyunasiA said...

kusi ikea tu kak. saya pon suka. tu pasal tiap kali gi, beli 1.

kalo boleh tiap ruang nak letak tivi. geleng kepala la encik hairul. hiburan... hiburan...

kakLuna said...

best nya loteng...mcm nak tumpang tido lak kat situ....hehehe

tp mmg serius lawa! selesa! dan berilmu

AyunasiA said...

luna, tak boleh tahan la perkataan terakhir tuh huhuhu.

kalo ko datang umah aku memang aku kasik tido kat loteng tu ar.