Monday 16 November 2009

Sok Sek Sok Sek

(Tah pape la encik hairul tuh. Aku nak transfer duit kat kakak ku pemilik kancil tu guna cimbclicks. Sekali tengok, tak cukup lagi rm5. Kendian tadi dia call nak bagitau, dia nak topap duit tu kat cash deposit. Aku pon ok je lah. Sekali aku nak transfer tadi, no tefon yang terima tac no pulak lupa nak tukar ker no baru. So, tak jadik la transfer. Yang musykilnya, kenapa tadi dia tak bank in je duit tu terus ke akaun kakak ku pemilik kancil tu masa kat cash deposit tu tadi ek?)

Ari sabtu tu, selain menghadiri majlis perkahwinan ex-(nak kata opismate, bukan. erk...) department mate, kami juga pergi ke rumah kawan lama pil di kampung sentosa paroi seremban. Kawan 30 tahun yang lampau neh tau. Untuk rekod, simpang masuk ke kampung tersebut ialah di trafiklite depan stadium paroi, okeh? Belok kanan, selekoh kanan, belok kanan depan gerai buah, belok kiri depan surau dan selekoh ke kiri, rumah hujung sekali. Almaklum lah kan... pergi nya seploh tahun sekali.

Memula tu kami dah terlajak juga. Mil pon dah kuar pe'el aku jugak hikhik.

"Dah tak jumpa tu dah la bahhh. Tak payah pergi lah bahhh."

Fil pulak kuar pe'el encik hairul jugak hukhuk.

"Rasanya kat trapiklite tadik la. Simpang yang ada susur ke bawah tu. Cuba berenti kat petrolnas tu. Kiter tanya orang."

"Situ sumer bangla la bah. Mana la derang tau. Tak payah lah bah. Lagi pon hujan2 gini, nak pergi rumah orang pon tak sedap."

Hakhakhak memang vice versa pe'el owang laki ngan pempuan ni, kan?

Kendian, fil pun masuk dalam kedai mesra. Bila dia kuar, terus dia suh follow satu kete nih. Ada orang nak tunjukkan. Pergh! Melambung2 dipujinya mamat badan besar2 tuh tak abis2. Fil cakap, dia salu tunjuk orang jalan, tu yang bila time kiter pulak, ada orang tolong. Hehehe

Apa kata orang? Hari ni hari dia. Esok lusa, hari kita pulak. Tak gitu?

Dah sampai depan gerai buah kampung sentosa tersebut, budak tu pon berenti. Katanya, ni kawasan kampung sentosa lah ni. Pak cik cari la area2 sini. Lalu dia pun blah. Baik budaknya, puji tak abis lagi tuh. (Leh buat menantu huhuhu).

Teringat pulak aku masa baru2 kawin dulu. Masa tu kitorang ada buat upah haji untuk arwah mak dan korban sekali. Jadi, pada hari raya haji tu, kami pon balik la kampung kat mersing. Lepas korban, malamnya ada kenduri. So, masa rewang siang tu lah, kedengaran makcik2 ni memuji encik hairul tu. Antara ayat yang aku ingat,

"Rajin nyer... kalau tau dari dulu dah booking buat menantu."

Ahaksss. Aku yang mendengar tu, nak tergelak pon ada kihkihkih. Kembang lah tuh.

Ok, berbalik kepada kampung sentosa. Tah melalut2 pulak. Abis, dah cerita pasal kampung kan...

Selepas mamat tadi meninggalkan kami, kami pon terus lah masuk ke jalan kampung sentosa tuh. Sampai lah ke rumah di jalan mati. Fil pon bagi la salam, kot ye ke ni rumahnya? Rupanya betul. Laaa hai. Terus jejak kasih. Sebenarnya bukan derang tak pernah jumpa 30 tahun. Last derang pernah pergi masa kak zela nak kawen, 2003. Kira baru 6 tahun je lah.

Sembang punya sembang, kuar lah macam2 cerita. Yang menariknya, pakcik ni jenis'borak' punya orang. Alaaa jenis yang kalo bercakap tu, adaaa je idea dan orang yang mendengar akan berkata, "a'ah betul jugak" gitu. Sambil2 tu derang nostalgia2 la.

Kisahnya, ada sorang anak pakcik ni meninggal akibat kanser rahim. Maka pakcik ni pon bagitau lah, macamana anak beliau boleh diserang penyakit ini. Anak beliau ni keje gomen dan mempunyai 3 orang anak pempuan. Tah tak tau la asal punca nya, anak nya ni telah melakukan 'ikat tiub falopio', tah apa ke orang panggil tubektumi ke masektomi ke gitu lah. Kononnya nak stop production la kan. Tak lama kemudian, beliau disahkan menghidap kanser rahim. Takde sakit apa2pon pada awalnya. Biler dia check, contoh hari ni, esok tu terus kena operate.

Menurut teori pakcik nih, bila kiter ikat tiub itu, ovum akan tetap keluar, tetapi tidak dapat bergerak ke uterus. Maka, ovum2 ini akan tersekat la kat tempat ikat tuh, lalu membentuk kanser. Gitu lah lebih kurang teori dia. Cuma dia tak la sebut ovum tu huhuhu. Lalu, beliau menasihatkan kami orang2 muda ni agar mengambil iktibar dari kejadian ini. Katanya, benda dah kena pada batang hidung dia kan. Takmo la kena pada orang lain.

Selain itu jugak, beliau banyak memberi nasihat2 tentang penjagaan kesihatan tentang perniagaan, eh pendek kata, macam2 la. Bak kata fil, pakcik tu kalo dilayan borak, sampai ke besok tak abis kehkehkeh. Banyak knowledge betul.

Ada satu kisah, di citer pasal rokok. Aku tengok kotak rokok dia bukan jenama biasa ar. Tah lupa pulak apa ke tajuk rokok tuh. Species import tu la. Dia pon citer la, dalam kete dia ada 2 karton lagi rokok tuh. Dia keje dalam kilang, so, senang la dah banyak tu, takyah nak kuar2 cari rokok. Kuat gak dia merokok. Kendian dia citer la dia pernah kena tahan ngan erkkk polis kot. Ke kastam tah. Kantoi bawak rokok ni la. Biler polis tu nak saman, dia pon bahasa kan la balik.

"Cuba awak tengok kotak rokok ni. Ada pelekat kastam, kan? (Barang rampasan kastam katanya ada pelekat tuh)."

"A'ah", kata polis/kastam tu.

"Tapi, macamana rokok ni boleh ada pada saya sekarang???"

A lu pikey la sendiri wakakaka. Terus tak jadi nak saman kuikuikui.

Eh, dah lah. Tah pape tah yang aku tulis nih.

(Malam tadi kami pergi cimb, nak bank in duit kakak ku tadi. Memula kuarkan duit dari akaun abang. Dah kuar tu, kononnya nak bank in kat cash deposit pulak. Kendian baru terfikir, kenapa tak terus transfer je kat atm tadi? Puncanya, otak dah fokus nak masukkan duit ikut cash deposit akibat dari kejadian petang tadi. So, tak pikir lah nak transfer tu. Haihhhhhhhhhhhhhh dah macam pak pandir dan mak andeh lah pulak. Blurrrrr)

5 comments:

  1. Anonymous12:27 am

    aler...RM5 tu halal jek ler....seksa bebeno nak mentransfer2 nih....adik beradikkan...hihi (yana)

    ReplyDelete
  2. ehhh adik beradik pon, kesian tau akak aku tu dah susah2 pegi p.o. renew roadtax, kendian pos pulak, dengan bawak perut lagi.

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:39 pm

    kihkihkih....kalo kesian...bagi ler lima poloh...baru ler betul...hihi (yana)

    ReplyDelete
  4. aku suka sgt spesis pakcik yg byk idea tu...dengar citer dia sampai esok pagi pun x pe

    ReplyDelete
  5. yana: aku anggap kakak aku dah mark up (spelling?) ar jumlah yang dia suh bank in tu kihkihkih

    luna: aku pon suka dengar. pegi univesti pon tak dpt ilmu cenggitu. banyak pengalaman, banyak la pengetahuan kannn

    ReplyDelete

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.