Monday 2 November 2009
Pengalaman Masuk Menara Gading Part 3
Urusan membuat medical check up ni memang leceh. Lebih2 lagi ramai yang nak masuk u dan klinik yang terhad. Sumer nya serentak, jammed ar klinik tu. Sampai aku terpaksa pergi 2 hari berturut2 sebab result urine test takleh siap dalam hari yang sama. Dia kena hantar ke lab di jb. Aku agak2 macam gribbles tulah kot lab nya. Pulak tu bukannya dekat nak ke kota tu. Ok, 30km dekat je. Macam aku pergi balik keje ni ha. Tapi dulu mana ada kete sendiri kan. Naik bas atau naik teksi je lah.
Settle bab mc, masuk bab nak pergi. Biasanya, kalau masuk u ni, mesti lah femli sumer hantar kan? Macam masuk asrama sekolah jugak la kan. Pada masa yang sama jugak, abang tp nak kawin. Kira femli aku sumer sibuk menguruskan perkahwinan itu. Ye lah, bukannya dekat shah alam tu. Makan 2-3 hari gak kalau nak pergi balik tu kan. Eh, macam nak pergi myanmar la pulak sampai 2-3 hari ek? Alaaa 2-3 hari tu termasuk pergi balik jalan2 dan tido bagai la. Bukan setakat constraint masa, fulus constraint pon iyer jugak. Nak sewa kete van bagai, minyak tol segala lah kan. Jadi, aku pon pakat ngan eita yang tengah cuti semester time tu. Dia akan 'mengiringi' aku ke sana dengan menaiki bi ey es. Tu pon susah jugak tau sebab karang dah sampai kl, cemana nak hangkut beg2 bagak sumer tu? Sudahnya, terpaksa lah dia calling2 kawan dia kat sana untuk jemput kitorang. Kulu kilir kitorang pegi tefon kat public phone sebab masa tu line tefon kena potong ke haper tah, takleh call out. Banyak beno bergayut, padan muka.
Sebelum dapat offer ni, aku keje kat kilang EnQ kat desa cemerlang. Pasal keje kilang tu aku akan citer lain kali la. Aku sempat keje kat situ 1-2 minggu jek huhuhu. Selepas dapat offer, aku pon berenti la. Beberapa hari sebelum pergi, aku pergi la kilang tu untuk ambik gaji. Seciput je pon. Tapi masa tu singgit pon berharga ok. Aku pergi tu ngan encik hairul la. Naik bas. Jauh jugak kami berjalan kaki ke kilang tu. Turun kat petronas simpang desa cemerlang tu lah. Masa balik, kitorang ada gado2 sikit. Akibatnya, menononggggg je jalan sensorang hihihi. Benda tu dah lama berlaku, tapi sampai sekarang encik hairul masih jadikan kejadian tu bahan lawak. Sabo je lah. Sumer gaji tu aku kasik kat abah, suh bayar bil tefon. Sebahagian je lah dapat cover sebab banyak kot bil tuh.
Masa balik dari situ, aku singgah di kedai kemboja dan membeli sepasang kain untuk dibuat baju kurung untuk dipakai semasa mendaftar nanti. Ingat lagi baju tu. Baju bunga2 matahari. Sweet eh? Masa nak masuk asrama pon aku ada buat baju baru jugak. Macam acara wajib gitu. Sebab masa nak lapor diri keje pon aku ada buat baju baru gak hehe.
Malam sebelum aku pergi, encik hairul datang untuk mengucap selamat jalan kununnya. Padahal esok dia nak 'iring' jugak ke jb hehe. Balik dari rumah aku, dia ditahan roadblock. Takde lesen, tak pakai helmet takde insurans n roadtax. Pendek kata, sumer kesalahan jalan raya yang melibatkan motosikal lah. Tapi dia tak beritau aku, sampai la aku terjumpa catatan pada organizer dia yang berbunyi 'naik kot'. Masa tu aku tak tau apa maksudnya. Kesian suamiku. Bertahun gak dapat merasai kesan ke atas kes tersebut.
Pada hari nak pergi shah alam, pepagi lagi aku dah keluar. Padahal basnyer malam. Naik kat jb. Bas t hakim. Pagi tu aku naik teksi, pergi kota, kendian naik bas ke jb. Sempat ler kami jenjalan kat jb tu dulu aka deting hehe. Petang tu dia pon balik. Melalak la aku kat situ huaaaaaa sedih bebeno nampaknya huhuhu.
Minggu depan kite jumpa kat kl eh...
seksa nyer ko nak sambung blajar...ape2 pun rezeki Allah yang tentukan...harap ko bahagia dalam kehidupan sekarang nih...
ReplyDeleteWell, ko memang penulis blog tegar kehkehkeh...aku ler peminat setia yang membacanya hihihi *yana*
hahaha seksa la sangat eh. kira cerita ni mcm kisah ct nurhaliza jual kuih kat berek polis ar kan. hihihi
ReplyDeletehaaa bagus2. selalu2 lah menjenguk blog ni sambil2 klik iklan tu sekali ek. ko lah antara penyumbang ke akaun nuffnang ku huhu. tengkiu...