Wednesday 25 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 9)

Akhirnya, aku pasrah dengan warna kemerah2an nih. Takper, bulan depan kiter cuba varnish semula. Membazir? Takpe lah. Duit boleh cari. Cewahhh. Macam banyak duhit jek bunyiknya. Daripada aku sakit ati dan mogok takmo masuk bilik ni kang, baik aku buat sampai aku puas ati. Oh, aku tak suruh wakjoe varnish semula sebab dah commissioning pon heheh. Cukup lah dia tau aku ni cerewet dan banyak komplen hihihi. Part ni biar aku buat sendiri. Eh, bukan aku yang buat. Encik hairul la hihi. Bayar nak murah ek?

Hari terakhir, dia touch up dan abiskan memvarnish. Kendian dia buatkan stor kecik kat bawah tangga nih.

Ok lah jugak. ada jugak tempat aku menyumbat barang2 jahit aku. Sebelum ni ada kabinet dapur yang besar jugak kat situ. Kira ganti tempat duduk la. Kabinet tu aku nak letak luar rumah kot. Buat simpan perkakas2 gardening (macam ada laman jek). Tak pon, kiter jual kat rengit pon ok gak kot huhuhu. Saper pulak nak mengangkutnya. Ikutkan ati memang nak bawak balik kampung jek. Pa'kal ko besar. 2x5 kaki tu.

Tapi, kelakar je dia buat selak gitu. Siap tombol lagik hihi. Kang aku nak cari lock yang macam kat kabinet tv aku nih. Senang kiter tolak jek, dia terus tertutup. Wakjoe yang suruh sebenonya. Dia pon tau selak tu ala2 jek kot.

Ni dah nampak dah, memang colornya merah. Tak abis lagik pasal merah tu huhuhu. Dah puas dah menangis dalam hati. Ko menangis air mata darah sekali pon, kaler tu takkan jadi brown punyer. Ye lah ye lah. Anggap je lah ko berada di jaman dolu. Kenapa ko menangis di sini? Pergi ko menangis di sana. Muka tak tahu malu blablabla...

Siling pon dah pasang. Tapi dia cat putih undercoat jek. Nampak comot pulak. Kang aku cat corak awan pulak hihi. Takde la. Cat putih je lah kan. Banyak lagi nak buat eh?

Ok tak? Cakap ok cepat! Kang aku nangis kang.

Comotnya dinding aku! Rasa macam nak jual je rumah ni. Boleh? Hahaha baru comot2 sikit dah nak jual ek. Sebenarnya satu rumah aku tengah berhabuk waktu nih. Tak tau nak mula kemas dari mana. Last2 aku mulakan dengan mengelap gril dan tingkap 2 daun di dapur. Boleh? Sejam tau aku buat kerja tu jek. Ari ahad lepas baru settle kemas seperti sedia kala. Kecuali bilik tu je belum kemas sebab lom cat. Tapi, semalam dah siap dah cat sumer, kecuali lom pasang border. Katner nak beli border ek? Aku dah tengok kat website lamex, tapi tak berapa nak cantik sangat la pulak. Ada yang cantik, tapi kecik sket. Aku nak yang 7 inci punyer. Saper owang jb, plizzz help me!!! Esok aku nak balik kampung, kot boleh cari kat jb ker...

Selain itu, berlaku jugak kemusnahan kepada langsir baru ku. Huaaaaaa nak nangis. Eh, aku nangis betul ok. Siap mengongoi2 lagik. Tengok la tu, comot kena varnish. Baru pakai 3 bulan ler... Adoiiiiii!!!

Banyak jugak tau. 2-3 tompok. Eh, banyak ker 2-3 tuh? Ah, kira banyak la tu. Kalo setitik tu baru kira sikit. Terus petang tu jugak encik hairul gi kedai beli tinner hahahaha. Sibbaik boleh hilang. Tapi, reput tak nanti?

Esok, tu encik hairul terus bayar abis kat wakjoe. Masaelah lagi. Dia cuma bagitau kos jek. Dan dia suh kitorang yang decide nak kasik upah berapa. Boleh? Mana boleh lorrr. Mana la aku tau nak kira cemana. Patut dia lah yang bagitau, ek? Eeeeee musykilhe betul la. Last2, selepas di tolak campur dengan damage2 sampingan yang ada, sama2 mintak halal lebih kurang, selesai lah fasa pembuatan loteng di rumah ku. Kira tercapai lah impian dia untuk membuat projek ni dalam tahun ini. Tahun depan, dah takde mende dah nak buat kot. Duduk je lah situ elok2. Tapi, aku macam nak buat decal kat kabinet dapur ku jek? Ermmm...



6 comments:

  1. ehh dah siap la. cantik juga.. dlm gambar ini tak nmpk merah la. nmpk mcm coklat aje..

    Wall border ada aje kot dimana. Ikut la awak suka mcm mana? Kalau nak English Style di Elyza tuh ada rasanya. Kedai nya di area KipMart Perling tuh dekat dekat area kedai lampu yg tepi jalan Skudai tuh.

    ReplyDelete
  2. huuuuu nampak macam coklat. betul la tu. pejam mata la wat sementara nih...

    ooo dekat jakel ek. nnt kiter try tgk.

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:39 pm

    still blh nmpk merah dlm gmbr..
    anyway quite ok tangga tu..
    tp nape stor bwh tu cat kaler putih? xnk try kaler lain ke?
    tgk mcm better kaler lain..
    creamy ke light chocolate ke?

    ReplyDelete
  4. tu bkn cat. plywood yg laminated sebelah. xpe la. blh bg kesan light n space kot.

    ReplyDelete
  5. dah berakhir dah ka siri loteng ko ne hehehehe ..ok jer aku varnish tu..tapi kalau coklat gelap lagi kababom la...


    baguih betul dia mintak upah suka hati heheh...mau dak dia mai seremban buat wakaf ?

    ReplyDelete
  6. bab construction dah abis la. bab deco2 lom abis lagik. kurang2 5 siri lagi kot huahuahua

    serba salah ler nak bagi upah. kang kasi sikit, nampak nau kedekut huhu. saper suh tak cakap kan?

    aku pon nak wat wakaf, tp takut kena runtuh dek majlis lak. maklum lerrr takde laman sendirik.

    alaaa banyak lagi tukang kayu kat somban tuh. ko tak serik ker dengar citer aku nih?

    ReplyDelete

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.