Hari seterusnya, balik keje aku tengok steps bawah ni dah siap. Memula dia lekatkan step tu guna bolt and nut. Kira tebuk atas bawah la. Pastu encik hairul cadangkan guna skru je sebab tak nampak dari atas. Guna bolt tu dia nampak atas bawah. Kalo ikut graviti pon elok guna skru jek. Bukan nak ikat kuat sangat pon step tu kan. Sibbaik dia sempat buat step pertama jek. Step berikutnya dia guna skru jek. So, tak nampak la. Dalam entry yang lepas leh nampak bolt dan nut tuh.
Abis celorang celoreng dinding aku ngan sketching wak joe nih. Sibbaik aku dah plan nak cat cantik2 pasnih. Memula tu besi yang dipasang tu pun macam misalignment. Kot balik rumah malam2 dia fikir kot cemana nak mengatasinya. Esoknya dia betulkan. Aku dah ngamuk2 dah time tu. Huuuuuu buruk. Lepas dibaiki, barulah aku ceria semula.
Lepas aku ambik gambar yang first dan second tuh, wak joe datang lagi. Dia nak siapkan steps belah atas pulak. Huuuuu bingit betul. Dah lah jiran sebelah ni jaga budak. Cemana lah dia menangani situasi tu tah. Tapi e'awal lagi kami dah kabokan pasal projek nih. Jangan dia komplen kat majlis sudah lah.
Dalam masa sejam jer, siap lah steps nih. Wahhh dah nak siap nampaknya. Aku? Sangat suka! Tapi aku gayat ler. Sengal lutut aku biler naik atas nih. Maybe sebab belom siap kot. Kang dia dah tutup bawah tangga tu kot dah tak gayat kot.
Sabtu ahad kononnya dia nak buat kerja jugak. Sekali dah tengahari sabtu tu, dia call, tak jadi datang. Dia nak siapkan benda alah ni lah. Wow! Tak sangka aku dia akan ukir bertingkat2 tuh. Aku expect belah atas jek. Ini sudah bagus. Puas ati sangat! Tak sabarnya nak siap.
Oleh kerana aku dah melalui saat2 menahan sabar menunggu loteng ni siap, maka korang pon kena merasai juga apa yang aku rasa hahaha. Sabar lah menunggu aku teruskan kisah loteng ni eh? Hehehe suka!
memang sabar ni...
ReplyDeleteterima kasih hehe :)
ReplyDeleteSalam. Brp kos nk wat loteng ni?
ReplyDelete