Thursday 19 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 3)

Kejadian ni pulak berlaku pada hari ketiga kerja. Memang menguji kesabaran betul la. Adaaa je yang tak kena di mata aku. Penat bertekak. Biasa ar aku. Cerewet lebih. Tapi, penting gak tau cerewet nih. Kalo tak, orang tak tau apa kehendak kiter. Ikut sukati dia je buat ikut selera dia. Padahal rumah kiter tu. Mesti lah ikut citarasa client kan? Eh, aku bertekak ngan encik hairul jek. Dia yang tukang report nyer hehe. Bertekak pon tak sempat nak masuk bilik discussion kehkehkeh.

Hari ketiga ni, ini je yang siap. Selepas itu, rehat lagi 2 hari. Mana laaa aku tak hilang sabar. Kiter dah tak sabar2 nak siap. Rimas dengan habuk2 nih. Boleh pulak main selang seli pulak. Biasa arrr orang melayu kalo wat keje kontraktor, mesti grab job sebanyak mungkin, kendian buat serentak. Kalo ada klon 10 boleh la cenggitu,kan? Sabo sabo sabooo...

Tengok je pun dah rasa tak puas. Ini je? Boleh tak cepat sikit? Huuu tensi tensi... Aku memang kuat komplen ok. Boleh kasik crown ar bab komplen2 nih. Kalo kemas rumah pon aku tak puas ati kalau encik hairul tu buat. Kang biler dia vakum tak ikut spec aku, time mop nanti mula la aku sakit ati. Bawah kabinet tu vakum tak? Bawah pasu tu vakum tak? Celah sliding door tu vakum tak? Bawah sofa vakum tak? Bla bla bla. Eeeee nak mop cemana ni, ada abuk lagi ni. Abis mop ni pulak yang kotor. Pok pek pok pek. Daripada dengar aku komplen, biar lah dia basuh kain je hikhikhik. Dia rajin basuh kete pon aku komplen gak hahahaha. Tak payah la basuh, musim hujan ni. Pagi isnin tu gi keje je dah abis kotor balik. Membazir air jek. Huh! Pendek kata, memang kuat komplen la. Jadi, biler dah bersetuju untuk buat projek2 macam ni, bermakna encik hairul telah bersedia lah dengan komplen2 ku. Huhu bersiap sedia la pakai perisai.

Pelik tak tengok besi2 tu? Memang silap. Kenapa mesti disengetkan belah depan tu ek? Pulak tu, terkedepan la pulak step tu.

Hari berikutnya, dia terus baiki besi yang misalignment tuh. Lega. Aku dah pesan awal2, kalo ada yang tak ikut spec aku, memang aku suh buat balik punyer. Baik bagitau awal2. Tapi memang berlaku ok. Cerewet nyer ko ni eh?

Ni je pun makan sehari tau. Macam sama je ngan semalam, kan? Cuma, kali ni besi tu dah tegak dan ke belakang sket. Dan aku dah tenang sikit. Ok, dah tak nampak pelik.

Tengok, huru hara ar rumah aku selama 3 minggu nih. Ni dalam bilik tu je. Kat luar, penuh habuk atas kabinet dapor, sofa segala. Huuuuuuuuuu Tetiap ari kena vakum. Kalo tak, memang tak selesa la. Nak masak pon jadi malas huhuhu. Alasan terbaik untuk malas masak ek. Alaaa memang ye pon kan. Tiap kali nak masak, kena la lap2 dulu. Kang makan debu pulak kan. Lap ari ni, esok debu balik. Tak ke menyampah tuh? Siap kena sorok rak pinggan sumer dalam kabinet. Dah tak muat kabinet, kena letak kat luar yard pulak. Ahhhh daripada kita susah2, baik start kete, order dan makan. Dapo tak kecah, hati pon senang hehehe.

Up next, masih bahagian tangga bawah nih. Adoiyaiii. Sabo je lah... Kita sama2 bersabar ok? Sabar itu separuh daripada iman.

1 komen:

Tamsir said...

salam..
projek tuan sangat bagus menjadi referal loteng kami.... sori... gambar saya copy daaa....