Wednesday 18 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 2)



Selepas seminggu wak joe tak datang, aku dah hangin satu badan. Dengan debu2 berterbangan satu rumah. Adoiii rasa nak terminate jek dia. Tetiba satu hari dia datang dan siapkan benda alah ni. Dah nampak progress dah.

Kalau dalam projek taman wira aritu dia guna plywood sebagai lantai loteng, aku plak guna papan. Terasa macam kat rumah kampung sket hehe.

Papan tu dia baru susun je, belum paku lagi. Tak berani la aku nak naik.

Huuuuuuuuuuuu abis dinding aku. Sibbaik abang meyakinkan aku yang wak joe akan plaster balik dinding tu. Huaaaaa...

Pandangan dari atas loteng. Encik hairul la yang berani panjat. Aku ni penakut dengan graviti. Kalo jumpa besi penutup longkang pon aku akan lompat. Takut tercerobos ke dalam. Apa jenis fobia tah.

Boleh la tahan, luas jugak. Boleh la takat nak tido2 kat sini. Ehhh rugi lah kalo tido jek. Kena la buat macam2 aktiviti sebab aku dah melabur banyak menggunakan kayu mahal untuk buat benda alah ni tau. Lompat2 pon takpe. Sengal ke haper nih? Takde laaa. Maksudnya aku yakin la akan kekuatan struktur nih.

Yang masih lopong tu dia nak letak papan yang lebih panjang sebagai platform biler kiter naik tangga nanti.


Ok, layan gambar yang sama.

Setakat ni aku puas ati lah. Tengok la nanti cemana. Yang boleh aku katakan,
memang bangak suka duka sepanjang proses membuat benda ni. Aku laaa emosional lebey.

Dah, tak tau nak citer apa. To be continued...

5 comments:

  1. vah vah vah.. renovate ghitewww

    ReplyDelete
  2. wahhh.. ala-ala kampung gitu kan.. mesti mendamaikan...

    ReplyDelete
  3. en_me: ada la sesikit...

    kak ina: kunun kampung la sangat. x tau la damai ke tidak. tengah buat pon dah ribut2 hihi

    ReplyDelete
  4. Ngerilah pulak tengok alang kayu tu macam kecik jer..agak2 kalau 10 orang naik tak melendut ker lantainya nanti?...tapi mungkin tgk lam gambar kot tengok depan mata mungkin kukuh agaknya....

    ReplyDelete
  5. insya Allah ok. kayu tu 4x3 dan 4x4. wakjoe tu pon pandai fizik gak nampak gaya nyer hehe. eh, apa orang 10 orang tu nak buat naik atas tuh? takat tido 5-6 orang muat la kot huhuhu

    ReplyDelete

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.