Monday 25 February 2008

Kan Dah Cakap!

Kan aku dah cakap, mesti takde sape nak lawan kak Lina tu. So, orang kampung aku undi untuk DUN aje lah, tu pun kalau calon pembangkang tu tak tarik diri di saat akhir. Memang kena sebut 'Hidup sipolan!' ek kalau tanda sokongan? Ke kena hon bila lalu pusat gerakan parti macam kat Melaka tu?

Thursday 14 February 2008

Macam-Macam Ada

Photobucket

Aku rasa aku dah kehilangan ramai pembaca kot, gara2 tak mengupdate. Tak kisah lah. Tak kecik ati pon. Anyway, sepanjang hampir 3 minggu aku tak muncul di khalayak ramai ni, rasanya adalah jugak pencapaian yang telah aku rangkul di luar kotak fikiran aku. Kira tak masuk langsung dalam Sasaran Kerja Tahunan lah kiranya. Hihihi. Tapi aku sangat bangga pada diri sendiri. Eleh, bukan nya aku menang anugerah ke kan. Apa nak bangga pon. Setakat perkara yang tak pernah umur aku lakukan aje.

JUARA LAGU

Mak oiii! Ni bukan dah kes ketinggalan ketapi lagi dah ni. Tak tertinggal kete sorong pon dah kira syukur dah. Tapi aku tak kira! Aku nak ulas gak pasal juara lagu. Huhuhu.

Aku punya ramalan, lagu Kaer akan menang keseluruhan. Sebab aku sangat suka lagu itu! Tambah lagi, tiap kali dengar lagu tu, mesti aku teringat kain batik sutera sebab lagu tu hit time aku galak membisnes dulu dan lagu tu pun jadi tema blog aku sepanjang awal tahun lepas. Tapi hidup mesti diteruskan. Aku dah berada di alam lain sekarang, tapi bidang itu juga merupakan pencapaian di luar kotak fikiran aku sebenarnya. Isy isy isy, berani gak aku ni kan? Eh, apa cite tadi?

Aku tengok juara lagu aritu secara beramai2. Aritu aku balik dari Nilai petang Ahad, so lepas makan malam, terus berkumpul kat satu bilik yang tv nya paling terang. Yang tak best nya, tak leh nak concentrate la bila dah ramai pengulas nya kan. Masing2 minat lagu lain2. Camno?

Kalau dulu tengok JL mesti berdebar2 bila cik siti tu buat performance. Takut dia terkucil part high pitch. Hehehe tapi tak pernah pun dia terkucil. Saje je bikin saspen. Kali ni aku tak perasan sangat persembahan mak siti tu. Tak perasan pun dia pakai suar ketat ke pakai boot sampai lutut.

Persembahan terbaik, memang dah dijangka sape yang menang. Bukan sebab SMS. SMS pun cuma 50% je kan. Tapi mungkin sebab gimik tukar baju dan eksploitasi terhadap kanak2 tu yang kasik markah lebih tu. Aku rasa juri2 biasanya cair ngan performance ada kanak2 nih. Senang rasa ala ‘how sweet’ gitu. Tu kalau aku jadi juri lah kot. Huhuhu.

Bila Ally sebut ’band underdog’ untuk refer Estranged, aku rasa cam dia memperkecilkan plak. Tapi aku tau, muzik band tu memang segar dan lain. Dan setahu aku, AJL memang suka kasi menang pada lagu2 yang lain dari yang lain. Ingat lagu Keliru Ajai-Nurul? Masa tu rasanya nama Aidit Alfian terus naik. Lagu tu pun segar muzik nya, masa tu lah. Pastu Dayang pernah menang kategori nyanyi lagu Afdlin Shauki tu kan. Lagu tu pun kategori pelik tapi benar gak. Jadi bila Estranged dah menang kategori, aku memang boleh agak dia akan menang JL. And the winner goes to...
LINGBO

Dah abis dah cite pasal AJL. Kali nak nak masuk cite pencapaian pertama aku plak. Aler… segan ar nak cite sebab baru cuba je, lum terror lagi. Tapi tak kira! Nak cite gak. Pada hari Isnin 4hb Februari yang lepas, kami sekelas telah merancang satu pertandingan bowling. Bila tau je rancangan derang tu, aku dah plan nak jadik cheer leader je. Isy... bola tu berat la. Mana aku kuat. Jangan kan nak baling, angkat pon aku tak larat. Tapi, atas dasat semangat kesukanan, dan atas dasar kawan2 yang lain pun sama tak pernah pegang bola, aku pun bulat kan hati untuk masuk gak. Mana tau aku ada bakat terpendam ke kan? Hihihi.

So, sebagai langkah persediaan dan untuk mengelak dari mendapat anugerah ratu longkang di hari pertandingan, kami pun dengan semangat wajanya pergi lah ke Plaza AS untuk berlatih. Alahai, takde pulak coach yang nak ajar. Kami main baling je ikut suka ati. Sebenarnya kami pergi ari Jumaat, sekalinya ramaiii sangat orang. Ada tournament plak tu. Nak tunggu pun ada 10 orang tengah queue. So, kami pun bergerak ke Ole-ole seksyen 18 yang kononnya ada pusat boling merujuk pada sign board dia. Sampai2 je situ, non ado pusat boling nya. Lum ada rupa pun lagi. So, petang Jumaat tu, kami pulang dengan hampa. Dah lah hampa, abis lak duit gi masuk M*din. Kalau duit tu buat main boling, mau nya 3 game lepas tu. Cis!

Sabtu pagi, aku sampai dari Nilai kul 8.30 pagi. Lepas tido sekejap, sarap kat dewan makan, kami pun sekali lagi mencuba nasib di Plaza AS. Kali ni lum ramai orang sangat. Sungguh memalukan lar markah aku. Lebih2 lagi game pertama. Tapi game kedua improve la sket. Tengahari, balik terus lunch. Petang nya, abang lak ajak main boling. Kali ni main kat tempat yang akan main ari Isnin tu. Ambik feel dulu. Eh eh eh ok gak kali ni nyer markah. Takde lah memalukan sangat. Aku rasa faktor berat bola banyak membantu. Masa main pagi tu aku pakai bola nombor 8 ( 8 pound ek? ). Petang tu aku pakai bola nombor 7. Takde la berat sangat. Sepatutnya lagi berat bola lah lagi banyak jatuh kan. Aku lak terbalik. Dah, kalau bola berat, tak sampai ke pin dia dah slow giler. Sampai kat pin, kelepuk kelepuk je 1-2 pin tu jatuh. At least dengan bola ringan, kuat sikit la aku baling kan. Ke lane tu yang sendeng? Hihihi. Salahkan lane pulak.

Dan pada hari pertandingan, markah aku lebih kurang je time main ngan abang. Huhuhu. Aku dah cop bola tu e’awal. Rasanya ada sebijik je bola 7 pound kat situ. Tapi secara keseluruhan, kumpulan aku dapat nombor 3 tau. Hehehe ada lah teammates lelaki yang terror gak. Kira kami tumpang tuah dia je lah. Hehehe.

Abis main boling, adusss sakitnya bahu dan peha ku. Rasanya peha tu sakit sebab aku tahan kaki waktu baling tu. Pasni kalau selalu main rasanya dah ok kot.

Esok nya, petang lagi aku dah balik BP. Opsss sebelum aku terlupa. Hari aku balik tu ialah 5hb Februari. Ya! Birthday abang!!! Sorry abang, tak sempat wish dalam blog. Anyway, aku dah wish time tengah malam balik dari boling tu. Balik boling pun sempat lepak mamak dulu. Kawan2 aku ni kebanyakannya bujang, memang rajin kuar ngeteh. Isy isy isy, tak sihat sungguh. Sekali tu je lah aku terjebak. Sebelum balik BP petang tu, pagi nya aku sempat gi SACC. Ada satu misi lagi, satgi aku cite. Kat situ lah aku beli kad besdei abang. Kiut ar kad tu. Lupa lak nak ambik gambar. Hadiah plak tak sempat beli. Cuma sempat beli ari Rabu je. Tu pun abang yang pilih sendiri. Suka tak? Dah lama aku tak belikan abang hadiah. Sejak kawin, sekali je besdei abang yang aku ber’uang’. Camno? No point lah kan, beli hadiah pakai duit abang kasik kan.

Hari Rabu sehari sebelum raya cine, kami sempat keluar ke BP. Asalnya nak gi bayar duit wiring rumah. Tapi sumer kedai dah banyak tutup petang tuh. Dah, sumer kedai cine kan. So, kami proceed ke KW8P plak. Laaa ingat susah beno nak kuar kan duit rumah tu. Ye ye lah aku susah ati nak sediakan dokumen. Aku ni ikut skema yang diberikan. Sekalinya IC abang pun dia tak mo. Kata nak IC semua pembeli. Sukati lah. Rumah tak siap lagi aku dah kuarkan sesiap. Lagi 2 minggu masuk lah tu kot. Tak sabar lak nak perabih kan duit.

Selesai kat situ, kami konon nak makan beriani. Oooooo aku ingat yang meninggal tu tokei beriani super. Ropanya beriani power. Lega sket. Aku suka beriani super. Tapi tutup plak kedainya petang tu. So, terpaksa lah makan keyefsi jek. Eh, sebelum makan tu, pegi bayar lawyer plak. Pergh! Sibbaik kami tergerak ati nak pegi situ. Kalau tak, naya je. Tetiba ada dokumen nak kena sign lagi. Tu lah masalah nya bila signature tak sama ngan initial. Nak kena sahkan kedua-dua tu orang yang sama plak. Macam2. So, duit lawyer dah settle. Semalam abang cakap dia gi bayar wiring ngan developer. So, settle dah lah kot kat situ. Tinggal tunggu rumah siap je lah.

Sampai2 je BP aritu, aku terus ajak abang gi tengok rumah. Takde banyak perbezaan pon. Cuma dah pasang pintu pagar je. Ngan dah cat under coat. Yang tak siap lagi; accessory toilet n pipe, cat, wiring, tingkap dan pintu. Cuti raya cine aritu derang ada cat sesikit.

Patah balik cite tadi, lepas makan keyefsi, kami pon pegi BPM*ll. Pusing punya pusing, terbeli lah hadiah abang ngan stokin. Pusing punya pusing, kami pun termain boling lagi. Hihihi kemaruk nampak? Aler, dia ada promotion sebelum kul 8pm, pakej RM12 = 3 game termasuk kasut. Kebetulan baru beli stokin. Tak kisah la stokin keje ke kan. Tapi kalau dapat pegi Summit pepagi lagi best, satu game RM2 sahaja. Tu kalau dah tahap gian la kan. Rasanya aku dah hilang dah kemaruk tu. Sebab? Sebab kat situ takde bola 7!!! Hancus markah aku. Abang lak bleh dapat 15+. Tak puas ati tul. Aritu aku teruk2 pun, abang leh kalah tau. Kali ni macam tangan abang dah ok je? Tapi tengok orang sebelah tu main, dah lah dia main 2 lane, sensorang plak. Dah tu, dia kalau tak strike, mesti spare. Takde istilah tak jatuh semua lah dalam satu frame. Markah off course lah 2++. Isy isy isy jeles tul.

TERJUN TIRUK

Ok, tu pencapaian pertama aku untuk tahun 2008 nih. Seterusnya ni, lum pun tercapai. Tapi hampir2 dan sedang menuju ke arah itu. Insya Allah next week akan mula iaitu belajar berenang. Aku rasa kalau aku dah pandai berenang la kan, isy isy, macam bukan aku lah pulak. Time kat U*TM dulu, 7 tahun tau, bukan sekejap, tak pernah terlintas di fikiran aku langsung nak belajo berenang. Nak tambah dramatik lagi, kolam renang tu kat belakang hostel aku je pun (time duk teratai). Entah lah. Maybe kali ni aku dah masuk dalam group kengkawan yang advanterous kot. So, idea tu timbul bila kami cite ada kolam renang kat situ. Aku lak mana lah tau derang sumer tak pandai berenang. Makanya, sebelum kami gi main boling yang tak jadi petang Jumaat tu, kami beramai2 telah pergi ke kolam renang tu untuk survey. Isy, nyesal aku tak belajo masa student dulu. Rate student baru RM80. Time keje kat situ pun tak terfikir nak belajo. Rate staf RM100. Dan rate kami, warga luar RM150. Ermmm memang patut pun. Masa student mana ada duit nak belajo. Ni dah ada duit, apa salah nya kan. Eh, nak tambah dramatik lagi, sebenarnya instructor renang tu lecturer aku (time belajo) cum kawan sekerja (time keje). Errr dia pernah gak ajak belajo dulu, aku je yang takde initiatif. Kami akan belajar 10 sesi = 10 jam. Rasanya sesi ke 5 tu aku dah bleh terapung la kot huhuhu.

Dah, tu je lah misi aku sejak menjak duk kat shah alam bandaraya anggerik nih. Doakan lah aku berjaya melakukan misi kedua tu ek. Fuh! Aku cam tak yakin je nak gerakkan kaki ngan tangan serentak. Boleh ke aku terapung? Yakin boleh!

TONG TAU FU

Seterusnya nak cite pasal makan plak. 2 minggu lepas, aku ada pegi makan yong tau fu kat BBB. Makan sampai pengsan. Buffet tu rege nya RM16 satu kepala. Pikir2, kalau makan kat P pun dekat2 rege tu jugak. Saje lah nak try. Sokong bisnes orang melayu lah kan. Kami makan tu lepas solat maghrib kat masjid depan kedai tu. Sudahnya, kul 10pm baru kami blah. Hihihi. Kata buffet, kena lah pulun abis kan. Siap bleh ulang2 benda fevret tuh. Bagi aku ok lah makan kat situ. Abang lak, cam takmo gi lagi jek? Tapi memang rugi je bawak abang makan buffet. Perut kecik! Dah tu, orang makan lah yong tau fu tu bebanyak, ni dia gi makan buah semangka bebanyak. Mana tak kenyang cepat. Isy... kalo takat nak makan buah, baik beli sebijik je semangka tu, baru RM5.

ELECTION

Parlimen dah bubar tengahari tadik. Aku mesti mengundi kali nih. Mintak2 ada lah yang berani mencabar di kawasan aku tuh. Wei! Takde ke yang berani ha? Tapi kan, kalau ada pun pertandingan nanti, sape yang aku nak undi ek? Isy tak geti lah aku. Kot2 kak lina bertanding lagi parlimen aku. Kena pangkah dia ke ek? Ok, kalau dia kasik aku duit minyak penuh dan tol pegi balik baru aku pangkah dia, bleh? Minyak RM150 + tol RM100. Boleh tak kak lina?

RAYA CINE

Cuti raya cine aritu, aku telah melancarkan misi si tanggang. Kami tak balik kampung! So, sepanjang 4 hari tu, kami duk rumah je. Aku menjahit saki baki baju aku yang tak siap2. Tapi tak jugak siap! Huaaa!!! Hari Sabtu, kami pergi JB, ada wedding kawan abang. Kawan induksi yang bercinta sesama kawan induksi. Rasanya abang induksi bulan 4 tahun lepas, maknanya tak sampai setahun la derang bercinta. Kami bergerak dari rumah pukul 1pm. Lalu jalan dalam je. Bukan nak cepat pon. Singgah solat kat Kulai. Sampai rumah pengantin, tengok2 banyak pulak kenderaan orang2 majlis. Majlis daerah segamat, pontian dll. Ermmm ropanya bapak pengantin tu YDP MPJBTengah.

Lepas abis makan nasik minyak, kami meneruskan misi mencari DVD. Alamak, raya cine la, mana ada kedai bukak. Memula try gi holiday plaza. Sunyi sepi. Sibbaik tak masuk parking kat dalam. Pastu terus gi smart. Kat situ meriah. Dan berjaya lah aku mendapatkan 24 season 4&5 dengan harga penang jugak. Hihihi. Pastu gi masuk k4 pulak. Terjumpa lak classmate kitorang masa form 3. Isy isy kenapa derang2 yang aku jumpa ni tinggi2 ek? Masa sekolah dulu ala2 rendang je. Kawan ni keje bahagian electrical kot. Post apa tah, yang pakai vest merah tu. Supervisor kot. Abang je lah yang borak ngan dia.

Aku balik shah alam pagi Isnin lepas. Aku dah tau dah, mesti jem punya kalau balik ari Ahad. Serik! Rela aku bangun pepagi daripada sakit ati petang sampai malam. Ngantuk boleh ganti tido. Sakit ati? Sakit kaki? Eh, kete oto tak sakit sangat, tapi still memenatkan. Dan petang tadi, aku pegi joging kat tasik. Ni pon tak pernah umur aku buat. Huhuhu. Ini semua gara2 aku kena gi BTN 6-10hb Mac nih. Nak kumpul stamina la kononnya tu. Balik dari joging, singgah McD makan eskrem. Isy derang ni, joging nya tak seberapa. Kang malam kuar mamak lagi. Isy isy isy...

Minyak kelapa dara dari Muo. RM38 sebotol. Di atas.

Semak!