Sunday 25 February 2007

Apa la Yayu ni, balik keje pun boleh lupa shut down PC. Dah, nampak cam dia online je. Dah lah cuti weekend. Nak minum lenkali tengok dulu, ada semut tak.

Lepas menyaksikan kemalangan tu, kami buat dek, je, teruskan perjalanan. Jarak dari KB ke Bachok lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Kira kalau dari umah nak ke Kota lah. Aku memang lagi suka sebutkan jarak dalam ukuran masa. Kalau ikut ukuran kilometer tu, macam tak puas je. Ala-ala klasik gitu. Sepelaung, sepuntung rokok ,setanak nasik. Tu semua indicator jarak dalam ukuran masa. Ketinggalan zaman ke apa aku ni ek? hihihi

Sebagai co-pilot, abang memang percaya kalau aku baca peta. Aku rasa aku quite ok dalam membaca peta. Tapi kalau dah pempuan tu, memang lah hampeh kalau baca peta. Elok-elok jalan tu patutnya terus, aku boleh nampak simpang. Dah lah jalan tu jalan kampung, berlubang lak tu. Kalau selisih ngan kete lain, mesti kena berenti. Sibbaik kami patah balik tak sampai 100 meter. Ngehngehngeh. Sebenonya yang aku tengok tu jalan lain. Caya tak? Sampai satu tempat tu, aku kena terbalik kan buku peta tu supaya boleh nampak dari pandangan sebenar. Tapi tak selalu lah. Kengkadang jek.

Aku mula faham peta tu bila kami sampai ke satu simpang tiga. Belok kanan ke Bachok dan Pantai Irama. Oh alah! Silap jalan tadik. Pastu aku dah betul dah. Pekan Bachok tu tak nampak macam pekan pun. Macam Sungai Rengit je aku tengok. Dari situ terus je. Memang tak banyak kenderaan lepas Bachok. Sampai lah ke Pantai Bisikan Bayu, aku tengok peta tu macam jalan mati. Camne nak seberang sungai tu kan? Kalo ikut peta kena ke Pasir Putih. Ropanya ada satu jambatan yang tinggi gitu. Maknanya, nak ke Kuala Besut takyah patah balik ke Pasir Putih. Selamat. Kalo takde jambatan tu, harus aku dah kena marah. Kihkihkih. (Mesti abang baru tau ni)

Tak jauh dari jambatan tu ialah sempadan Kuala Besut.Maknanya sempadan negeri Kelantan-Terengganu lah. Seronot sebab dah lalu satu jalan baru lagi. Kira hampir satu Mesia dah aku redah. Tinggal Perlis je tak sampai lagi. Sebelum jambatan tu pun dah ada tulis Jalan Pantai, maknanya jalan tu lalu jeti Merang yang pernah kami jejak dulu. Baru aku perasan, lagu blues Tgannu kite tu ada sebut

"Pulau Kapas Pulau Redang kita lalu ikut Merang/Marang"

Kira dia short cut kan kedua-dua buah jeti ni sebab bunyi nye lebih kurang. Padahal, jauh bebeno jarak antara dua Jeti ni. Jeti Merang kat Setiu, jeti Marang kat Marang.

Lepas Kuala Besut, baru lah jalannya lengang. Cuma ada sikit kerja pembinaan. Aku perasan sejak dari aritu, negeri Terengganu tengah mengganti semua jambatan dia. Ada yang dah siap, ada yang balum.

Kami sampai KT dah pukul 6 petang. Tu pun aku dah salah jalan. Patut ikut Seberang Takir, baru jumpa jambatan Pulau Duyung. Ni aku lalu Manir, lalu jambatan lain. Jauh sikit pun ye. Takpe lah. At least aku dah tau. Kalau tak, asik lalu jalan yang sama jelah. Jalan tu bertemu kat Mydin baru yang beso tu. Jammed lak kat situ. Tapi demi nak pergi gak ke Pasar Payang, kami redah juga.

Pasar Payang dah agak lengang. Banyak dah tutup. Yang tinggal kedai2 kopok kat bawah je. Memang niat nak beli kopok je pun. Beli kopok sira berlada bungkusan berbelang hijau merah. Fevret tu. Brand lain tak sedap. Beli kopok tu RM10-12 bungkus. Sejak dulu pun camni. Aritu beli kat tepi jalan tu, RM10-10 bungkus. Beli kopok segera kering cap pinggan "Boleh Dimakan Selalu". Adakah dia maksudkan boleh dimakan sekarang? Sebab selalu maknanya sekarang kalau kat sini. Mungkin lah. Sebab memang dia sedia terus dimakan. Pun sama, RM10-12 bungkus. Pun jenis lain tak sedap. Aku tengok brand ni dah masuk Giant pun. Lagi, beli kopok kering 3 bungkus RM10. Aku beli lain2 jenis ikan. Ikan Parang ngan 2 lagi jenis, aku pun tak tau. Rupanya takde kopok ikan kerisi kat sini. Aritu abang Epet beli kat Mersing. Sedap.

Kendian, beli pulak kopok lekor RM5-6 batang. Pastu jumpa orang jual kopok lekor goreng, memula ingat ada kat tempat lain. Malas nak tunggu sebab sekali dia angkat dari kuali, terus abis. Ramai lagi tengah tunggu. Sekali pusing2, takde lagi. Dah lapo ni. Pergi lah balik ke situ. Sebelum tu singgah satu gerai buah ni. Tanya kat satu kedai, dia kata limau madu dari Perak. Ingat Jerangau punya. Tanya satu kedai lagi. Pempuan tengah baca magazine. Bila kami taya yang sama, dia boleh tak pandang. Ingat nak lah beli. Terus tak jadi. Kendian, aku pergi gerai kopok goreng tadi, abang ambik kete. Tunggu lah juga dia mengoreng. Beli RM2 dapat lah 10 keping. Tapi besarlah jugak.

Masuk je kete, terus ngap. Sedapnyerrrrr. Lembut dan tak liat. Kalau tau tadi beli yang belum goreng kat dia jugak. Takpe, lain kali ingat, jangan beli dulu, try dulu. Lepas tu, kami terus bergerak balik. Singgah beberapa stesen minyak untuk membuang. Penyakit apa tah.

Sampai Dungun, singgah lak pasar malam Taman Cempaka. Beli Donut, tongkeng ngan buah limau. Mmm masih sedap macam dulu lah donut tu. Tapak dia pun tak berpindah. Adik yang jual tongkeng tu pulak dah makin besar. Dah masuk sekolah menengah la kot. Selesai di pasar malam, kami terukan lagi perjalanan.

Sampai Paka, kami berenti di Esso, depannya ada surau yang selalu aku singgah. Dah lain surau dia. Makin besar. Cuma yang sama, lepas derang abis solat, mesti terus tutup lampu. Sembahyang lah kau dalam gelap tu. Tengok kat luar tu ada banyak keranda. Baru sampai dari supplier kot.

Selesai solat, kami proceed lagi. Kali ni nak cari makan pulak. Pikir punya pikir, nak cuba makan kat Jaya Gading pulak. Ari tu nampak banyak kedai makan meriah. Isi minyak kat Petronas Jaya Gading. Aku ternampak satu kertas notis berbunyi lebih kurang camni

" Kami tidak menyokong aktiviti rempit. Jadi, kami tidak mengalu-alukan mat rempit mengisi minyak di stesen kami. Anda hanya dialu-alukan apabila sudah berhenti merempit dan bertaubat "

Lupa lak aku nak snap gambarnya. Kelako pun ada.

Lepas isi minyak, kami berenti makan kat kedai makan yang agak meriah. Aku order mi goreng, abang, nasi goreng paprik. Pedas ya ampun nasi goreng dia. Abang makan pun macam tak luak. Dah lah banyak portion dia bagi. Sayang lak. Tapi kalau, tapau pun tak leh makan pun.

Selesai makan, kami teruskan lagi perjalanan. Lepas je Chini, aku dah mula melelapkan diri. Sampai lah BP baru aku bangun. Lamanya aku tidooooo. Sampai rumah dah pukul 4 pagi. Masuk baju dalam mesin, dan kami pun titon. Penatnyer...

Friday 23 February 2007

Okeh, sambung lagi cuti-cuti pantai timur kali kedua.

Lepas sarap, kami terus ke KB. Ramainya umat. Macam ulat. Calling2 Yayu, Najib lum balik lagi dari mancing. Takpe lah. Boleh kami survey2 dulu. Kali ni kami masuk Bazaar Buluh Kubu (BBK) lak. Aritu tak sempat. Kat sini, kedainya lebih kemas dah agak high class. Mesti sewa mahal, harga pon mahal. Puas pusing2, survey2, jumpa gak kain yang berkenan. Kul 10 pagi, masih belum balik lagi. Pukul 11 pun lum. Kami pusing2 Pasar Siti Khadijah {PSK} pulak. Puas lah survey harga sampai aku naik malu sebab tanya je, tapi tak beli sebab nak tunggu Yayu. Nak pilih sesama.

Last2, dah dekat kul 1 gak baru derang sampai. Terus menuju ke kedai, pilih kain. Rambang2 mata sume. Ramai orang, susah sket dia nak entertain sorang2. Settle semua, gi makan pulak. Makan kat kedai makan tengah2 antara PSK ngan BBK. Punya lah lama tunggu order. Start makan, ais pun cair. Citarasa, biasa2. Nape lah tak de makanan sedap je ni?

Lepas makan, masuk BBK lagi. Tadi dah survey. Sekali pergi kedai tu, dah tak berkenan pulak. Sebenonya ada defect sket kat kain tu. Tak jadik beli. Rege boleh tahan ok. Tak pe lah, esok boleh pegi balik kedai tadi tambah stok lagi.

Siap tu dah dekat kul 5. Nak pegi Rantau Panjang. Takut dah tutup lak. Tapi, dah takde masa lagi. Pegi lah jugak. Sampai situ, panjang nye queue. Sampai pon dah kul 6. Abang cari parking, kami yang pempuan je jalan. Pening nya shopping kat situ. Crowded nye kedai. Bersepah2. Jadik tak best lak. Tapi dah terlanjur pergi, beli la jugak toto Kak Yana. Kalau tak pergi tak tau. Lenkali pergi Pengkalan Kubur je, lagi bagus. Tak bersepah cam kat sini. Yayu beli toto ngan termos ngan kuali tak lekat. Penat! Siap beli semua dekat pukul 7. Lum solat lagi. Ada surau kat situ tapi abang kata tak selesa. Ingat nak cari masjid kat luar je. Sekali, tak keluar lagi nampak masjid kat deretan kedai. Cam tak caya je masjid kat situ. Pas tu, kami berpisah. Bagi Yayu minyak Wak Dakam, karpet, kicap Jalen ngan kek coklat. aku buat kek tu semalam sebelum pergi. Sedap. Esok jumpa lagi sebab nak bagi barang tertinggal.

Eh, sebelum pergi Rantau Panjang tu kami cari hotel dulu. Terus pergi Suria. Tanya kat situ, ada satu je bilik Deluxe. Promotional rate, RM122. Boleh lah. Malas nak carik lagi. Tengok bilik standard pun RM85. Murah lagi masa tahun baru aritu.

Balik dari antau Panjang, tengok2 lalu jalan lain. Jalan Kuala Krai. Baru lah jumpa jalan ke Wakaf Che Yeh. Oh, lain kali lalu situ je, lagi dekat. Terus balik hotel. Lepas mandi dan solat, kami keluar cari makan. Mula2 nak beli burger je sebab dah ngantuk, malas nak makan lelama. Sekali tutup lak gerai aritu. Pusing2 pun tak jumpa yang lain. Nak beli kopok lekor, takde colek pulak. takde rezeki. Sebelum tu pegi Mydin dulu. Beli span, zip ngan baju pagoda.

Try pergi bus stand kat sebelah hotel. Pun takde orang jual burger. Last2 makan kat satu kedai makan kat situ. Memang takde rezeki makan sedap agaknya. Abis makan, terus balik bilik. Aku membelek kain, abang terus titon. tengok2, la, terlupa bagi kain pelekat yang kedai tu bagi tadi kat Najib. Esok je lah.

Esok pagi, terlambat bangun. Sibbaik lum kena halau dek hotel. Dalam kul 10 gitu, kami pun keluar. Check out terus. Kete tinggalkan dulu. Takut susah nak parking. Pergi PSK lagi, cari makan. Pusing2, tengok dah nak tengahari, lunch terus lah. Makan udang galah lagi! Tapi kali ni sekor je. Mahal lak rege dia. Raya CIna punya pasal lah ni. Abis mkana, Yayu pun sampai. Tak sempat apa2, berenti tepi jlaan je, pass pun ikut tingkap. Kendian dernag terus bergerak balik Penang.

Kami pulak, pergi lagi kedai semalam, nka tambah stok. Nak belikan tudung Kak Ngah lagi. Semalam dah belikan kain yang cantik, design Bonia bunga besar. Lawooo nyer. Kali ni beli Bonia biasa ngan Chiffon lak. Harga tak dapat semurah semalam. Lenkali lah. Tapi still ok. Siap memilih, cari tudung Kak Ngah pulak. Jumpa akhirnya. Beli telekung Nana kat kedai yang sama. Pakkal lah telekung. Buat sembahyang. Kalau tiap kali pergi asyik nak kirim je, lingkup mak cik. Lagi lah kalau kirim air liur je. Tak dapat encik. Aku pun tak beli apa-apa. Sendiri mau ingat la. Tau tak pe.

lepas tu, beli buah mangga sikit. Kendian terus blah. Sampai ke kereta, kami terus bergerak balik. Singgah solat kat masjid Kubang Kerian cam aritu. Kali ni kami balik lalu Bachok-Kuala Besut-KT. Saje nak test. Kata lalu situ tak banyak kete. Lepas je traffic light depan masjid, baru aje dalam ati aku cakap, " kete depan ni nombor plet KL, mesti nka balik KL lalu Bachok gak " tetiba je, deng! Kete depan tu langgar teksi depan dia. La... sibbaik abang sempat brek. Kalau tak, harus lah complicated kes tu. Alhamdulillah.

Thursday 22 February 2007

Sambung kisah jalan2 awal tahun kemudian2. Ni nak cerita kisah jenjalan raya cina laks. Karang nak buat entry backdated, yang terkini tak sempat nak update. Sampai bile kan?

Okeh, jenjalan raya cina ni bukan lah atas tujuan jenjalan sebenonya. Lebih kepada nak replace stok batik. Sebelum pergi tu dah tau pun, semua hotel, dari kecik sampai lah beso, semua penuh. Dah tefon semua pon. Tapi atas tekad yang jitu, aku nekad nak redah je. Takkan lah satu bilik pon takde kosong kat satu KB tu? Tak logik la kan. Lagi pun dah janji nak pilih kain ngan Yayu. Mesti syok. Lagi pun aku dah muak nak ngadap stok lama tu. Makin tenung, makin tak memikat hati laks. Kali ni mesti nak pilih yang vouge de vass punya lagi meletup. Ekekek.

Makanya, sebelum pergi tu jugak, MIL kata nak singgah umah kitorang sebab ada pengantin kat kampung ari Ahad tu. Ila pun nak datang sini sebab cuti pendek je, malas a nak balik Kota. Dia pon baru balik last 2 weeks. Maka, Jumaat petang malam tu, gi jemput Ila ngan Ulin sekali. Kendian makan kat Seri Kenangan. Takde tempat lain agaknya. Abis, kat situ je nasi goreng paprik nye sedap.

Esok pagi2 tak sarap, derang nak kuar jenjalan kat bandar. Apa la ada kat BP ni yg derang nak jenjalan pon kan. Gi pasar, drop kan derang kat Summit. Singgah Fajar, nak beli perencah mi bandung Adami. Non ado! Cam tak bermaya je Fajar tu aku tengok. Persaingan makin sengit bila K4 dan Pasific dah bukak. Kat pasar, beli udang 1kg, RM15. Mahal sket, nak raya derang ni. Beli ikan terubuk 2 ekor. Kecik je ada. RM6. Beli sayur sket. Beli perencah mi bandung takde brand. Cuba.

Balik pasar, masak mi bandung. Bau sedap. Rasa memang sedap. Lebih menghampiri original mi bandung Muo berbanding Adami. Lenkali beli brand tu lah. Mahal sket, RM4, untuk hidangan 4 orang. Letak lak daging, udang. Peh! Marvellous!

Petang tak kuar memana. Standby je nak bergerak kul 7 malam. Kul 6, derang pon balik. Sibbaik dah siap2 makan. Kami pun makan siap2. Huhahuha, tengok, dah kul 7.20. Lagi 5 minit nak Maghrib, baik Maghrib dulu. So, officially, kul 7.45 malam, kami pun berlepas.

Seperti biasa, kami lalu jalan Segamat-Muadzam-Kuantan-Dungun-KT-KB. Takat Dungun tu aku dah hafal sangat jalannya. Otai la kata orang. Tapi la ni kat bypass Kuantan tu derang tengah besar kan jalan. So, kat situ fail lah. Masa aku berenti keje dulu derang baru nak mula kan keje. Tak dapat ler aku agak kat mana laluan memotong yang aku hafal dulu tuh. Tambah lak malam. Karang tak pepasal tengah memotong, tetiba je jalan tu mati. Kan kes naya tu.

Singgah Petronas Taman Yayasan Segamat. Teringat masa hantar Saleh kat Kolej YPJ masa bulan pose aritu. Kat situ lah aku dapat berita gembira; aku dapat keje. Tapi, hampa. isk isk isk. Nak aje aku saman malu. Tapi siapa lah aku. Tu pun aku lum terima surat maaf dari SPA ni. BPA dah sound pun masih buat dek lagi. Nak kena nih. Tengok sekarang, SPA tengah renovate website hampeh dia. Dah terhantuk baru nak terngadah. Tapi kan, selagi tak berlaku kes cenggitu kan derang tak sedar, kan? Opsss off topic lak.

Singgah tu untuk solat Isyak. Mmm tak leh ingat la kes tu. Rasa sayu je hati. Opsss lupakan.

Lepas solat, teruskan journey. Tengok kat tepi jalan ada jual durian. Eh, kat Segamat dah start musim ke? Balik nanti kalo sempat nak beli lah. Kalo. Pas jalan tu, kami takde berenti dah. Terus je. Mula ingat nak singgah Petronas Muadzam cam salu. Tapi dah siap solat, tak yah lah. Aku suka kat Muadzam tu surau dia asing laki pempuan. Senang kalo tengah musim perayaan ni. Tak mo la macam kat Paka aritu, gilir laki pempuan nak solat. Sabo je lah.

Sampai Kuantan dah lapo balik. Nak makan katne ek? Salu lalu ada restoran namanya Seri Baging. Siap ada Seri Baging 2. Mesti lah best kan sebab ada cawangan lagi. Time tu dah kul 12 lebih. Lengang dah restoran tuh. Aku order nasi goreng paprik, abang order sup daging. Sekali makan, adessss nasik zaman bile dia bagi nih? Keras nyer. Spoil tul. Dah lah memang tak sedap mana paprik dia.Memang takkan ku singgah lagi melainkan dah kes kebuluran. Tengah makan tu datang satu family ala2 Arab. Tengok no plet KL. Derang singgah minum je. Derang tanya tokei tu berapa jauh Cherating? 10 km je.

Eh, sebelum tu kami berhenti isi minyak kat Balok Makmur. Ni kes terpengaruh la ni. Setahu aku, sebelum ni, harga minyak kat Terengganu ngan Kelantan lebih mahal dari harga standard. Masa aku duk Dungun dulu la. Pernah aku tanya pump attendance tu, "Eh, bukan rege minyak sekian2 ke?" Sejak tu aku terus siasat. Memang rege kat terengganu mahal lagi 1 sen dari tempat lain. Kalo kat Kota murah 1 sen lak. Rupanya sejak ada orang komplen, dah sama je harga minyak di mana-mana. Kalau ikut kan aku, stesen Petronas terakhir sebelum masuk ganu, kat Cherating. Memang singgahan tetap aku pergi balik BP dulu. Kalo aku isi penuh kat situ masa balik Dungun ari Ahad, cukup lah aku pakai seminggu gi keje. Kendian cukup sampai aku isi kat situ gak masa balik BP setiap ari Khamis. Dan setahu aku stesen tu tak 24 jam. Jadi, tak nak take risk, isi lah kat Balok tu walaupun minyak lum betul2 empty.Sekali lalu situ, bukak lagi pun. Hm... Gitu lah adanya. Nostalgia sket.

Lepas makan tu kami proceed. Sampai Kijal, abang dah lalok. Berenti kat Petronas Awana, tukar aku lak drive. Start je aku drive, abang terus pengsan. Kena lah aku drive solo. Bukak radio kekuat. Lalu Dungun, ah, sungguh nostalgik! Ececeh...

Aku berenti jap kat Petronas KT. Buang air sat. Abang bangun sat. Ingat nak sambung drive, rupanya nak sambung tido. Aku jalan je, terus pengsan balik. Hampes! Lepas je KT, aku pun dah agak mamai. Sibbaik la radio THR pasang lagu lama2. Ada lagu Nurul

"kiranya tempias membasahi jendela mu
itulah air mata yang jatuh di pipiku
kiranya sang bayu menyentuhi paras wajah mu
oh itu lah rinduku yang menyebut nama mu
setelah kian lama tak jumpa"

Melalak lah aku sensorang, nak hilangkan ngantuk. Sibbaik jalan clear je pepagi buta tu. Boleh la bawak 100 kan. Dah dekat2 Pasir Putih, baru abang bangun. Terus suh dia drive. Aku lak nak tido. Sampai satu petronas tu, abang berenti. Dah kul 6 time tu. Time Subuh tu, tengok ramai lak kat surau dia. Gi cari masjid la senang. Boleh mandi sekali. Jumpa satu masjid ni. Ramai lak. Ada rombongan satu bas lagi. Tak bersih sangat, tapi mandi je lah. Dah ada. Pas siap2 dah kul 7 lebih, cari sarap lak. Berenti lak kat tepi jalan. Makan nasi lemak. Sambal dia macam nasi lemak seposen kat AT5 la... Tapi nasi dia biasa je.

Monday 12 February 2007

Langkawi iv

Kami terus menunggu di tepi gondola. Takutnyer. Dulu pernah naik cable car kat Genting. Tak ingat dah. Gondola tak berhenti, kita yang kena masuk terus ke dalam bila dia slow down. Mintak2 tak jatuh la gondola nih.


Cable Car memula jalan slow. Bila dah lepas dari stesen baru dia speed up. Tu pun dah ngeri bila tengok bawah. Aku tengok atas je. Takuttttttt! Sempat bergambar, tapi aku diam je mematungkan diri. Takut kalo goyang2 dia putus ke kan. Very the penakut. Abang boleh pulak tukar2 tempat duduk. Aku duk kat situ je dari mula sampai abis. Sampai stesen pertama, takleh turun sebab tengah under renovation. Kena terus naik ke stesen teratas.

Sampai stesen teratas, kami naik ke pelantar bulat. Ambik gambo sesikit.


Sibbaik ada satu couple ni, bleh sesama saling mengambilkan gambar.


Suhu kat situ sejuk tapi matahari terik. Tak sejuk sangat. Kat situ ada tunjukkan tempat2 sekeliling. Boleh nampak lautan Andaman dan lain2.


Tak ingat dah. Tak sempat pegi ke jambatan gantung. Nak cepat kejar kan feri. Tak lama kat situ, kami naik cable car turun pula. Kali ni pun aku takleh menghadap ke bawah. Keras je duk tengok atas. Nampak air terjun.


Ambil gambar pemegang gondola. Saje nak tahu camne dia beroperasi. Rupanya gondola tu tak gerak pun. Yang gerak cable nyer. Dapat satu ilmu.

Sampai bawah, sempat lagi beli t-shirt. Buat kenangan. Sekarang ni kalai jenjalan mesti nak beli t-shirt buat tanda dah sampai ke situ. Beli 2 t-shirt untuk aku dan abang. Takde bajet nak belikan orang. Kemudian, bergegas ke Kuah semula. Kali ni lagi menonong motor tu jalan sebab dah tau jalan. Tapi banyak gak bengkang-bengkok. Masa ni baru perasan, motor ni auto. Patut ler laju je, takyah tukar2 gear. Heheh.

Sampai Kuah, terus gi jeti. Tersalah pegi jeti perlancongan. Tak pepasal je kena marah. Aku lah tu. Memandai suh belok ke jeti. Sampai jeti feri, terus dapatkan tiket. Kalu boleh nak tiket terakhir. Ada kul 7 malam. Sempat lagi gi pekan Kuah, beli ole2.

Lepas dapat tiket, terus ke pekan. Beli coklat kat kedai Hj Ismail. Lepas bayar, tengok masih ada masa. Abang lah. Ingat sempat je. Aku ni takut kena tinggal feri. Nak pulang motor lagi. Sempat lagi minum cendol kat luar kedai tuh. Tak sedap lak tu. Tapi abis kan jugak.

Kemudian terus ke jeti semula. Pulangkan motor. Ada masalah lak. Semalam masa bayo baki chalet tu, abang bayar kat receptionis, bukan tokei chalet. Kat situ nama resort nye Tanjung Mali . Dalam area tu ada beberapa owner chalet. So, abang bayar tu kat reception resort, bukan owner. Jadi owner lum tahu kitorang dah bayo. So, ada miscommunication sket. Jadi lambat. Aku lak nak ke toilet. So, aku suh abang tunggu kat tempat berlepas je.

Lepas melepas, aku tunggu abang. Lama nya. Rupanya abang dah tunggu kat jeti. Berlari-lari ke feri sebab dah kul 7 tepat. Sampai kat feri, cari tiket, TAKDE!!! Bukak beg, seluk kocek. Sumer takde. Nak wat camne? Terpaksa buat muka tergezut, cakap tiket hilang. Sibbaik dia bagi naik.

Dah naik tu, dia cari lak, sape yang last naik tadi takde tiket. Aku dah angkat2 tangan, abang suh dendiam. Bila dia tanya, cakap kitorang dah beli, tapi terhilang. Nak wat camne? Mujur derang memahami. Terima kasih encik.

Dalam feri, abang suh buat2 tido supaya derang tak tanya lagi. Sibbaik dia tak kembali lagi. Dalam tu tayang cite Ong Bak. Sampai Kuala Kedah, pukul 8.30 malam. Turun2 je nampak Anis ngan Fatihah dah menunggu. Yang kelakonye, jumpa2 je, Anis terus tanya abang, Pok Teh pakai beg Anis he? Adehhhhhhh.

Friday 9 February 2007

Langkawi iii

Bot meneruskan perjalanan selepas semua selesai merakam gambar 'dayang bunting'. Tak jauh dari situ, bot berhenti di sebuah jeti. kami diberi masa sejam untuk pergi ke tasik dayang bunting. time tu aku dah rasa sikit2 nak qada' hajat kecil. ada toilet, tapi masih boleh tahan lagi. pergi tasik dulu. Sampai situ, main2 air sat. Kami cuba sewa jaket untuk mandi, tapi tak dibenarkan sebab mereka beri priority kepada yang menyewa paddle boat. Jadi, terpaksa sewa paddle boat untuk dapatkan jaket. Nak buat macamana. Dah, tak pandai berenang.


Sewa paddle boat seorang RM15. Masa tinggal 30 minit cuma. Terpaksa kayuh laju untuk sempat pusing satu tasik. Sudahnya, hanya separuh tasik yang sempat. Lagi 10 minit, kami pecut. Tapi tak pecut mana. Macam tak gerak je bot tu kami kayuh laju mana pun. Dah lah steering macam lambat berfungsi.

Tinggal 5 minit, pulangkan bot, sempat lah terjun sekejap ke dalam tasik. kemudian, terus pecut pulak mengejar bot menunggu di jeti. Dah lah kena naik bukit turun bukit nak pulang ke jeti. tak sempat pula ke toilet. Waktu dalam paddle boat, kami menghabiskan satu botol besar air mineral untuk diisi air tasik pula. Buat syarat. Entah ya entah tidak. Bukan lah percaya sangat, tapi buat je lah. Kembung perut minum air. Terlupa kite ni tak boleh minum air banyak. Cepat aje nak kuar balik.

Seterusnya, sepatutnya kami ke Pulau Singa. Tapi disebabkan pulau tu sedang direnovate, kami dibawa memberi makan burung helang. Bot meninggalkan pulau dayang bunting dan berhenti berhampiran sebuah pulau. Pemandu bot mengeluarkan sedikit roti dan mencampakkannya ke laut. Datang lah sekawan burung helang menyambar roti tersebut. Sempat lah juga snap beberapa keping gambar helang.


Kemudian bot meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Beras Basah. Hentian terakhir sebelum pulang. Di sini pun diberi masa sejam, tapi terlebih sedikit apabila pemandu bot berkumpul bersama geng pemandu bot yang lain. Waktu disinilah bermula nya episod 'tak boleh tahan'. Dengan keadaan tiada toilet, alternatif yang ada hanyalah laut. Berkeras tidak mahu walau tahu risiko menanti.


Sejam dirasakan macam sehari. Fikiran dah tak boleh fikir lain. Cuma ingat nak balik, pergi toilet. Kalau biasa2 takpe. Ini selepas minum separuh botol air mineral. Pagi tu dah minum teh o lagi. Lagi lah seksa. Serik sungguh lah.

Pukul 1 tengahari baru lah pemandu2 bot bersurai. Syukur, aku masih boleh bertahan walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu. Naik atas bot, dah terfikir, kalau terlepas ni, memang terpaksa tahan malulah. Cuba alihkan fikiran ke perkara lain.

Alhamdulillah. Mujur lah pulau ni tak berapa jauh dari pulau langkawi. Mujur lah kami pergi pulau yang paling jauh dulu. Mujur lah aku boleh bertahan. Mujur lah van dah siap menunggu di jeti. Naik van yang sama dengan pergi tadi. Kami turun di depan Water World. Mujur lagi ada toilet betul2 di depan WW menghadap jalan. Macam tahu2. Aku terus meluru masuk, abang tolong bayarkan. Tak sempat lagi nak bukak2 purse. Dan.

Selesai disitu, mencari tempat mandi. Seingat aku ada bilik air di luar chalet kami dan chalet berhampiran. Sekali tengok, cuma ada pancuran mandi di luar chalet kami dan bilik mandi di chalet berhampiran sedang di renovate. Sudahnya, abang mandi dulu di pancuran. Aku mandi di toilet WW tadi. Rugi je masuk 2 kali. Tiada tempat mandi sebenarnya. Toilet bersih, sesuai nama tempat yang WORLD! Lantak ler. Janji ada air+paip, mandi je lah.

Selesai mandi, satu masalah lagi. Minyak motor tinggal sikit. Tak cukup untuk sampai Kuah. Tanya seseorang. Ada stesen minyak tak berapa jauh dari Chenang. Terus pergi isi minyak. Isi minyak RM5, untuk ke Kuah dan kembali semula ke Cable Car. Lebih jauh lagi.

Sampia di Kuah, terus ke Maybank. Penuh. BCB. Penuh. Penuh maknanya nombor terlalu jauh dari nombor semasa. Tapi memang penuh orang dengan tujuan yang sama. Memegang buku biru. Abang pergi ke RHB. Takde orang. Ke, orang tak tahu RHB pun ejen ASNB? Terus meluru ke RHB. Tunggu sekejap, terus dipanggil. Keluarkan duit untuk dimasukkan dalam Maybank pula.

Selesai di RHB, masuk Maybank semula. Kali ni di mesin deposit. Tak berani bawa duit banyak dalam poket. Lama lah juga beratur. Terlihat di sebelah mesin deposit cek, seseorang sedang memasukkan cek. Banyaknyerrr!

Selesai urusan, dah pukul 3. Sempat lagi. Keputusan dibuat, pergi ke Cable Car. Lagipun minyak dah isi penuh. Bukan apa. Janji pulangkan motor pukul 5 petang. Kami (baca=motor) memecut laju. Memang tahap gaban lah. Motor auto, langgar je semua bonggol2. Kebetulan jalan sedang dalam pembinaan. Banyak aral melintang. Sakit2 badan melompat2 atas motor.

Jauh nyerrrrrrrrrrrr nak pergi ke Cable Car. 30 minit perjalanan. Jalan berliku2. Sampai2 sana, terus menonong ke pintu pagar. Rupanya tersalah masuk. Itu pagar tapak pembinaan. Terus ke kaunter tiket. RM15 seorang kalau tunjuk Mykad. Subsidi untuk warganegara kot. Bersambung lagi...

Thursday 8 February 2007

Langkawi ii

Masih sambungan.

Selesai makan nasi goreng paprik dengan tomyam campur dengan ikan siakap bakar, kami terus balik ke chalet. Dah tak larat dah. Esok pagi2 dah nak ikut island hopping. Kena lah tido awal.

Esok nya, janji nya pukul 9 kena tunggu di hadapan Water World. Water World hanya sepelaung dari chalet kami. Turun ke bawah terus check out kerana jangkanya selesai island hopping selepas pukul 1 tengahari.

Cari2 tempat untuk sarapan. Singgah satu gerai berjual nasi lemak bungkus hadapan Water World. Nasi lemak ber'tag' akronim. Aku ambil yang bertanda SU. Maknanya sambal udang. Abang ambil yang bertanda SS. Maknanya sambal sotong. RM1 sebungkus. Sekali tengok, aku punya bukan nasi lemak. Patutlah bungkusan lain. Nasi lemak dengan bungkusan surat khabar. Tak tau nasi apa, warna kuning. Nasi kuning dengan bungkusan kertas minyak. Lantak ler. Minum teh 'o'. Mahal pulak RM1 secawan. Mungkin peniaga kira pukul rata semuanya berharga RM1. Suasana masih sunyi. Water World pun belum buka. Sekali makan bersama2 pekerja Water World. Pekerja datang kerja pagi.

Usai makan, singgah satu kedai membeli sedikit jajan dan air mineral. Beli air mineral botol besar buat bekal mengisi air dari tasik. Kemudian terus menunggu van untuk ke jeti. Jeti bot.

Hampir pukul 9.15, menelefon ejen yang akan membawa kami. Kebetulan, van baru lalu depan mata waktu letak telefon. Naik van bersama satu keluarga melayu dengan seorang anak perempuan masih kecil. Juga sekali dengan satu pasangan mat saleh.

Van menghantar kami ke jeti bot berhampiran satu resort berjenama.

Sebelum tu, sempat menelan pil tahan mabuk dibeli di jeti Kuala Kedah semalam. Takut mabuk tengah laut.

Naiki bot penuh penumpang berbilang bangsa. Hanya 2 pasangan melayu termasuk kami. Bot laju membelah ombak Lautan Sunda (kot, tak ingat. Selepas perjalanan hampir lebih 15 minit, bot berhenti di tengah laut, menghadap satu pulau.

Pemandu bot mematikan enjin bot. Kemudian memberi penerangan bahawa pulau di hadapan kami itu ialah Pulau Dayang Bunting. Sambil, dia menunjukkan bentuk wanita bunting pada pulau. Kagum juga kite.

Tuesday 6 February 2007

Langkawi i

Bersambung lagi kisah berjalan ke utara. Di Parit Buntar, kami mencari kedai kain. Tujuannya cuma nak membeli semeter kain buat dijadikan sarung bantal. Yayu nak menggantikan sarung bantal arwah nenek. Dah bocor dan terkeluar kekabunya. Bantal kekabu dulu kala, masih lembut. Tidak seperti bantak kekabu yang aku beli beberapa tahun lepas. Sudah sedia leper, tak boleh ditepuk-tepuk buat dibentuk lagi. Kekabu murah barangkali.

Beli kain 'klabmen' semeter berharga sekitar RM2. Tak ingat. Kalau beli di Nagoya cuma RM2 semeter. Pernah beli kain jenis ini di Nagoya dan dibuat cadar single untuk diri sendiri dan boyfriend waktu itu. Hari ini, cadar pulang ke gagang,, jadi milik sendiri semula bila si boyfriend menjadi teman serumah kini. Cadar fitted masih digunakan membungkus tilam 3 ringgit.

Pulang dari Parit Buntar, lalu kilang tisu popular. Tisu Premier. Dekat sangat dengan ILP. Tengah jalan, Najib call bagitau Nurin dah bangun tidur. Balik ILP dulu mengambil Nurin. Niat nak mencari Char Kuey Tiow sekitar Nibong Tebal. Lepas ambil Nurin, teruskan niat ke satu gerai CKT di kawasan perindustrian berhampiran. Gerai terletak di tepi padang awam/permainan. Ramai sedang beriadah petang2. Gerai baru dibuka pukul 6.30. Terpaksa tunggu pemilik gerai menyiapkan bahan2.

Sedang menunggu, terlihat pemilik kedai melakukan sesuatu di bawah pokok. Punya lah buruk sangka, menyangka dia meletakkan 'pelaris' di bawah pokok. Gelak tak hengat selepas mengetahui rupa2nya dia membungkus extension wayar yang dipasang dari sebuah kedai berhampiran. Takut basah ditimpa hujan. Lain kali jangan cepat berburuk sangka ok...

Pulang waktu hampir Maghrib. Tak sabar-sabar, terus makan CKT yang diidamkan selama ini. Sedap boleh tahan. Beli 4 bungkus. Sengaja lebih kan satu bungkus. Takut tak cukup. Najib tak suka makan CKT agaknya. Selesai tu, masak pulak daging masak kicap. Najib nak balik Perlis malam ni, so, kena masak ler.

Malam tu, menjahit pulak sarung bantal. Harap aje ada mesin jahit, tapi pasang benang pon nak kena tunjukkan. Jahitkan sarung bantal arwah nenek dan sarung bantal Nurin. Sarung bantal dibuat seadanya. Guna benang yang ada.

Pagi, Yayu pegi kerja, kami keluar sekali. Masih belum buat keputusan tentang tempat ingin dituju. Singgah sarapan di sebuah kedai mamak. Makan roti canai dengan teh o. Abang makan 2 keping.

Terukan perjalanan ke Yan Kedah. Ikut jalan dalam, sambil tengok pemandangan. Lalu banyak daerah. Hampir dengan Sungai Petani, lalu satu jalan baru. Jalan 2 lorong. Tapi tak jauh, kami belok ke kiri menuju ke Yan melalui UiTM Merbuk. Lalu UiTM, berhenti sekejap mengambil gambar pintu gerbang.

Sampai di Yan, macam tahu jalan ke rumah Kak Sya. Sudahnya, bila sedar macam terlalu jauh, berpatah balik. U-turn hampir nak sampai Kuala Kedah. Jalan masuk ke rumah Kak SYa ada tong pos. Tak perasan pulak sepanjang jalan tadi. Main agak2 aje masuk satu jalan. Memang betul pun jaln tu. Memang dah takde tong pos di simpang jalan. Patut lahhhhhhhh.

Sampai rumah Kak Sya, dia tengah memasak lunch. Tak lama tu, dah diajak makan. Sambil makan, berkeputusan untuk ke Langkawi. Minta tolong Kak Sya hantarkan kami ke jeti Kuala Kedah. Pinjam beg Anis. Backpack. Konon memudahkan berjalan. Jalan-jalan ala backpackers.

Keluar ke Alor Setar untuk mengeluarkan duit dari ASB. Sampai bank, penuh sesak dengan orang berurusan yang sama. Berkeputusan terus kan perjalanan ke jeti. Cuba bank di jeti. Sampai sana, pun sama. Sudahnya, kami pinjam dit kak Sya dulu. Sampai sana nanti baru keluarkan duit.

Singgah farmasi beli ubat tahan muntah. Kemudian beli tiket feri ke Langkawi. Tiket pukul 3 petang. Sempat solat dulu di surau jeti. Bersih dan selesa. Sangat.

Naik feri, penuh dengan penumpang. Duduk sebelah seorang perempuan, mungkin penduduk langkawi. Dari gaya lenggang, cuma membimbit plastik dan beg tangan. Mungkin pergi shopping di bandar, kemudian balik semula ke pulau. TV bertayangan flem Jackie Chan. Perjalanan hampir 1 jam setengah. Sempat habis satu filem ditayangkan.

Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Legenda, Langkawi. Terus mendapatkan motor untuk disewa. Sewa motor menjimatkan. Bukan nak shopping pun. Asal ada pengangkutan. Sewa satu motor skooter modenas. Booking chalet di Pantai Cenang. Booking island hopping esok hari. Duit cukup2. Tak sempat ke bank. Dah tutup petang.

Terus ke chalet waktu hampir Maghrib. Chalet terletak jauh nun di pantai tengah. Naik motor auto, laju je menonong. Isi minyak RM3 di pekan Kuah. Tak terfikir motor auto, kuat makan minyak. Sampai di chalet, pemiliknya meminta bayaran lagi. La... tadi cuma bayar deposit je ke? Kena bayar lagi RM50. Meminta budi bicara pemilik untuk membayar malam nanti. Beralasan belum sempat mengeluarkan duit. Pemilik baik budi bicara mengizinkan.

Masuk ke bilik, mencari ikhtiar mendapatkan duit buat membayar baki sewa bilik. Tak bersangka akan berkejadian sebegini. Akhirnya menelefon beberapa ahli keluarga, kalau2 boleh membantu. Telefon Yayu, gagal. Telefon In, kalau boleh dia yang nak pinjam duit kami. Telefon Ngah, sedang berada di Kuantan, semua ATM out of service. Masih usaha ikhtiarkan. Anggap gagal juga. Akhirnya, telefon abang TP. Baru lah misi berjaya. Syukur sesangat. Gelak tak hengat bila diingat semula. Sempat ambil gambar duit kami yang tinggal waktu tu. Cukup untuk makan malam.

Malam, lepas Maghrib, kami pun keluar mencari ATM. Tanya pada pemilik chalet, ATM terdekat di airport. Kebetulan kami pun belum solat. Tiada sejadah di bilik dan tiada arah kiblat. Merancang solat di airport.

Bermotor ke airport, lebih kurang 15 minit perjalanan. Sejuk betul naik motor malam2. Sampai di airport, solat dulu, kemudian keluarkan duit. Cuba keluarkan di ATM Maybank, tak boleh masukkan kad. Ah sudah! Cuba beberapa kali masih tak boleh. Cuba ATM CIMB. Huh! Leganya toksah kata. Tengok baki duit, gembira tak terkata. Padahal ada RM100 je pun. Tu pun rasa banyak sangat.

Sebelum tu, waktu di Kuah, cuba cucuk duit di ATM di jeti. Cuba korek duit apa yang ada. Dapat keluarkan RM10 di Maybank dan RM30 di CIMB. Rasa cukup banyak waktu tuh. Lepas lah duit makan malam nih.

Selesai urusan di airport, dengan senang hati, kami mencari tempat makan. Akhirnya berhenti singgah di restoran tepi jalan. Sajian Aki.

Order makan nasi goreng paprik.


Sambil menunggu, ternampak orang memilih ikan. Teringin mencuba. Order ikan siakap, bakar.

Tengah sengkek pun nak makan best2. Selesai makan, bayar bil. Alhamdulillah, harga biasa2. Macam makan di KL atau BP juga.

Monday 5 February 2007

Sambungan kisah jalan-jalan ke seluruh semenanjung awal tahun 2007. Catatan imbasan hari ini.

Bersambung dari kisah kami sampai di Nibong Tebal. Pagi 2 Januari, kami bangun awal untuk hantar Saleh ke UiTM di Permatang Pauh. Yayu dan Najib tak kerja hari ni. Masih dalam cuti. Pagi2, Najib keluar membeli sarapan seperti yang tercatat dalam entry sebelum2 ini.

Lebih kurang pukul 10 pagi, kami bergerak. Singgah di Maybank. Najib menunjukkan jalan. Dia naik motor. Kami tak nampak dia bagi signal belok ke kiri, terpaksa buat u-turn selepas perasan Najib dah membelok. Selesai urusan di bank, kami teruskan perjalanan. Perjalanan kali ni lebih santai sebab dah tahu arah tujuan. Tak sesat punye.

Sampai2 aje di UiTM, kami terus ke tempat pendaftaran. Pendaftaran di kolej lelaki. Sebelum mendaftar kami ke pejabat seseorang itu untuk memastikan status pendaftaran si adik ini. Selepas disemak, tiada rekod bayaran 'cuti khas' sebanyak RM10 dibayar. Sebenarnya sudah dibayar waktu kami datang tempohari. Mungkin terlepas pandang. Halal kan saja.

Selesai mendaftar kolej. menghantar Saleh dan barang2 ke biliknya. Menaiki lif berbendul di muka pintu nya. Nyaris tersadung. Sampai di atas, dah ada satu keluarga turut menghantar ahli keluarganya ke bilik itu. Pantang mendengar kami dari Johor, pasti akan ditanya tentang banjir. Apatah lagi bila dinyatakan kami dari Kota Tinggi. Alhamdulillah, kami tidak terlibat secara langsung dalam bencana alam tersebut.

Turun sahaja dari bilik kolej Saleh, ternampak Kak Sya dan anaknya sudah menunggu di bawah. Sebelum tu, waktu kami di pejabat seseorang itu, Abang Anas menelefon menyatakan kedatangan mereka. Cumanya, waktu menelefon itu, mereka sedang menuju ke UiTM Merbuk. Bertukar arah selepas selesai menelefon.

Melepaskan Saleh pergi mendaftar yang lain dan mendengar taklimat. Kami menunggu di bangku rehat di bawah bangunan kolej. Berbual2 santai. Tiba Saleh dari bangunan di hadapan sambil membawa sepasang kemeja batik, terpaksa beli berharga RM30. Berberita juga tiada minggu orientasi sebagaimana biasa kerana tidak sempat. Pelajar lama akan mendaftar semula pada 5hb. Cuma ada beberapa sesi taklimat penting bukan pada hari ini.

Berkeputusan keluar makan memandangkan Saleh perlu menghadiri taklimat pelajar baru pada jam 2 petang. Keluar berkereta wira, mencari makan. Bercadang2 ke Sungai Dua pada awalnya. Sebalik nya hanya bersinggah gerai makan berhampiran universiti memandangkan waktu sudah suntuk. Makan nasi campur dengan nasi tak berkecukupan. Nasi baru dimasak. Banyak kedai makan masih tutup cuti Hari Raya. Pemilik kedai kurang menyedari pelajar UiTM akan mendaftar pada hari ini.

Makan asing2, dibelanja Abang Anas. panas terik cuaca. Selesai makan, terus menghantar Saleh semula ke kolej, sedang kami bercadang terus pulang ke Nibong Tebal. Berkeputusan esok saja ke Yan mengunjungi rumah Kak Sya. Juga berrancangan ke Padang Besar atau Langkawi. Banyak dalam rancangan, belum tentu perlaksanaan.

Bertemu semula di pintu pagar universiti, mengikut kereta wira ke jeti feri ke pulau. Sengaja menunjukkan, mana tahu lain kali akan ke sana menaiki feri pula. Berpisah di jeti selepas sekali pusing.

Kami terus menuju ke Nibong Tebal, cuma bersinggah ke Summit Bukit Mertajam membeli peta. Peta lama hilang ke mana sejak jalan2 bulan 7. Pusing2 Summit, takde yang menarik. Sama je dengan Summit tempat kediaman.

Penat berjalan, berkeputusan terus saja balik ke NT tanpa bersinggah lagi.

Sampai di ILP, Yayu tiada di rumah. Memasang buai di rumah pengasuh. Selesai urusan di situ, bercadangan ke Parit Buntar mencari kain buat di jadikan sarung bantal. Dengar macam jauh. Parit Buntar di Perak. Rupanya hanya 10 minit dari situ. Pekan terkenal dengan kedia kain dan baju. Pernah dengar, tapi tak pasti kesahihan.

Pergi ke Parit Buntar sebelumnya bercadangan mengganti tidur. Pekan kecil tapi bersesakan kenderaan. Lalu kampus USM di sebelah kiri jalan. Kampus ber fakulti kejuruteraan. Dua kali pusing baru jumpa tempat letak kereta. Pekan ber pasaraya Billion.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO ABANG
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Selamat Ulanhtahun ke-28 untuk En. Hairulazwan Hashim. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin.