Sunday 19 September 2004

Sedih nye cite Sekeras Kerikil semalam. Mencurah curah air mata aku tgk cite tu sesorang. Pandai tul pelakon2 tu berlakon. Cam real je. Kira macam bleh masuk la dalam situasi tu.

MyKad aku da siap. Aku rasa aku tak terlambat. Yang penting tak kena denda. Yang bestnya buat kat sini, datang kul 8 pagi, 10 minit da settle. Bukan sebab stafnya cekap dan efektif, sebab takde orang. Aku assume, sume orang kat sini dah buat MyKad.

Sepanjang aku belajar, tak pernah aku jumpa lecturer minta tangguh kan test. Budak sekarang ni, ari Ahad aku nak buat test, ari Jumaat diorang mintak postpone. Baiknya lecturer...

Thursday 16 September 2004

Wa...double entry arini. Entah2 tripple. Aku da takde keje ni. Sejak duk kat Dungu* yang tak best ni, aku rasa terpisah dari dunia luar. Dahla TV cuma dpt TV1,2,3 je. Aku yang tak pernah tgk TV 1 ni pun dah terpaksa tengok gak. Sume keindahan menonton TV di tengahari dah aku terpaksa lupakan. Cuando Seas Mia kul 1.30 da tak tengok. Nak bc summaries, websitenya tgh under construction. Dapat tengok ari Jumaat and Khamis minggu ke 2,4,5 je lah. Aku selalu gak balik umah member waktu lunch hour, tapi umah dia lak duk bawah bukit. TV 3 je dapat. Pity me.

Satu lagi cite Thailand baru, The Princess. Yang bestnya heroin n hero dia dalam cite yang kau tgk dulu. Sape ntah nama dia. Yg hero tu yang berlakon Sugar n Ice cube. Aku ingat nama watak dia je, Kongphob n Namneng. Kalau tgk hero tu, cam tgk Shah Rukh Khan la. Romantik giler.

NT*7,8*V,Chan*el9... sume ada slot yg best. Tinggal kenangan je lah. Nak psg TV berbyr, tak mampu lak. Mengeluh je lah....

Radio pun sama hampeh. Nak dgr E*A, dlm kete je. Itu pun kat area umah je. Tgh jln tepi pantai mmg tak clear. Ada takde T*R je la. Tu pun radio kat umah pun tak dpt. Dgr dlm kete gak. Sibbaik ada T*R pantai timur. Tapinya, banyak lagu blah sini la plak. Aku ni da la 'alergik'. Da tak dpt le nak dgr Hindi Power kesukaan aku. Drpd dgr noise, baik takyah dgr terus.

Shopping lagi satu tak best. Aku ni bukan la jenis banyak duit n suka shopping. Mcm yang aku cite di awal2 dulu, aku ni kedekut sket. Tapi aku memang suka window. Dlu kat S Alam, tempat favourite aku Bukit Raja, Alam Sentral, Kompleks, Gia*t. Sebenarnya bukan aku suka sangat tempat tuh, tapi sebab takde pilihan lain. Lagipun, tmpt tu je yang ada tmpt parking atas tanah n open pada mata sume orang. At least aku rasa selamat, walau kete rasa tak selamat. Yang penting nyawa aku. Memang sejak kes Canny Ong aku da tak percaya pd parking basement kalau sesorang. Pegi ngan dia pun tak cukup selamat aku rasa. Tgk je kes yg baru hari Merdeka tu. Couple pun kena. Eeee ngerinya. Dunia ciptaan Tuhan ni dah tak selamat akibat perbuatan manusia, yang dicipta Tuhan juga.

Apa lagi aku nak komplen pasal daerah di mana buminya kupijak langitnya kujunjung ni?

Makan pun tak banyak pilihan yang best. Banyak pilihan, tapi tak best. Aku rindu car boot sale/pasar tani Shah Alam. Aku nak makan popiah basah SS A*i, laksa Penang n mi kari, char kuey tiow Sek 25 (da tutup tp ada branch kat Alam Sentral), Nasi Paprik Sek 2 (Seri B*nga), Nasi Lemak Sek 2, mi goreng mamak Khu*afa Sek 7, Ikan bakar, kerang bakar BBBangi (Sa*irah) dan banyak lagi. Kat sini susah nak jumpa ikan sungai. Takde ikan keli, sembilang dan ikan kesukaan aku, patin. Kalau ada pun, ikan patin masak asam. Aku da makan sekali, taknak lagi. Tak sedap. Tak rasa ikan air tawar. Mahal. Kalau kat SA aku akan beli ikan patin kat Gia*t tiap2 minggu. Sekor baru 3/4 inggit. Masak asam pedas. Ada tempoyak, lagi kick.

Pernah makan kerang goreng? Tiap kali gi B Pahat, aku mesti makan benda ni. Sedap wa cakap lu. Selalunya orang gi BP mesti mkn nasi beriyani, kan? Aku lak tak pernah lagi. Org kat sana mkn beriyani utk brunch la... Tengahari pun da abis. Muo lak memang terer ngan mi bandung nye. Hmm... nape Dungu* tak mcm tu??????????

Aku dah abiskan silibus minggu ni. Maknanya aku dah ble cuti sebelum aku menyibukkan diri jaga student exam bermula 3 Oktober ni. Aku nak cuti next week. Ari Khamis aku nak ke Batu Pahat. Diam tak diam dah makin dekat hari keramat aku. Kalau kira hari ni, lagi 101 hari lagi. Banyak urusan nak kena buat mulai sekarang sebab aku ni jauh di perantauan. Bukan senang nak buat urusan waktu ofis hour. Apatah lagi benda tu takleh dibuat di cawangan lain.

Tapi, sebelum balik aku kena settle kan tests untuk student aku. Aku ingat, abiskan silibus, pastu ble buat revision ke. Tapi, student aku yang mcm terror ni lak yang kata nak study sendiri. " Nanti kitorang tak paham kitorang jumpa cik la..." Aku tak kisah kalau diorang ni ok-ok je cam aku waktu belajo course ni. Aku memang suka menghafal. So, memang aku langsung takde masalah nak score. Tapi diorang ni, dah la malas; datang kelas, baca, hafal, tanya. Apa boleh aku buat?

Pastu. aku kena antar statistik attendance diorang. Sape tak datang > 30% takleh ambik exam. Kejam ke aku nak biarkan je yang tak layak masuk exam tu? Yang pastinya diorang akan masuk kelas aku lagi semester depan. Hmmm... sepatutnya memang patut pun yang malas bangun pagi ni terima balasan yang setimpal. Kebetulan memang exam utk paper tu pagi 3hb. Dah kelas pagi pun malas datang, takyah lah datang exam gak. Ok la kan?

E'eh student ni. Dia jenguk bilik ni, tanya kawan aku sorang tu ada tak. Aku kata takde, dia melilau mata cari. " Awak ingat dia nak menyorok ke? Saya kata takde, takde la..." Eh, garang ke aku?

Ok la. Aku nak gi print soalan test la. Sabtu ni cuti. Kang tak sempat lak nak fotokopi. Yang tak best nya kat sini, takleh guna mesin xerox sendiri. Ada sorang pakcik ni yang ditugaskan buat keje ni. Tupun, untuk tujuan rasmi je. Nak potostet personalnyer, kena beli kad rm2 rege nya. Satu copy, 5sen. Cam SMS Ce*com. Kira mahal la kalau nak copy banyak, kan? Takle la orang suka2 copy kad jemputan kawin cam kat induk dulu.

Ok...

Wednesday 8 September 2004

1 SEPTEMBER 2004

Aku dah type entry utk hari ni, tapi xleh send lak. So aku terpaksa Ucap Happy Belated Anniversary to diri sendiri dan dia. 1 September dah kitorang declare sebagai anniversary kitorang sempena first time aku jumpa dia. Kami bertemu di bangku sekolah. Betul! Aku nampak dia first time masa dia tengah duduk atas kerusi kat sekolah aku dulu, Sekolah Menengah Semenchu. Terima kasih Cikgu Halim sebab masukkan aku dalam kelas 2 Falah, di mana di situ lah aku mengenalinya. Kiranya aku ni new student la. Pindah dari Sek. Men Bandar Mas. Takyah la aku citekan camne aku bleh pindah. Cukup lah kalau dikatakan, aku bersyukur dengan kepayahan yang aku lalui sehinggakan aku dipertemukan dengannya.